Aku pernah diberi Tuhan pilihan. Sebuah pertukaran.
Akan diberikan aku sepasang sayap
dan kembalikan sepasang kaki,
sepasang mata serta sepasang tangan.
Namun, aku memilih sepasang sayap
kerana aku kira aku memilihnya demi kebebasan.
Namun, apabila aku telah jauh tersesat,
barulah aku mengerti akan kebesaran Tuhan.
Kau berikan aku sepasang kaki untuk kembali ke pangkal jalan,
kau berikan aku sepasang mata untuk menangisi penyesalan
dan sepasang tangan untuk meraba-raba dalam kegelapan mencari jalan pulang.
Sedangkan sayap itu hanya kebebasan nan palsu,
fantasi semata-mata
dan memilikinya adalah sesuatu yang di luar kewajaran.
warisan casiopia
warisan casiopia
warisan casiopia
No comments:
Post a Comment