Cinta Pertama...Tanyalah kepada sesiapa pun, pasti tidak ada sesiapa bisa mungkin melupakan cinta pertama. Itulah cinta yang paling agung. Indahnya kenangan jatuh cinta pada pandang pertama dan pedihnya rasa tika terluka semestinya kekal dalam ingatan sampai bila-bila. Berbahagialah bagi mereka yang cinta pertama mereka membawa hingga ke gerbang perkahwinan dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Rata-rata kenangan cinta pertama itu terjadi ketika di alam remaja. Ketika masih di bangku sekolah. Itulah yang digarapkan dalam filem ' First Love ( A Little Thing Called Love ). Filem ini seharusnya ditonton oleh semua demi mengingati kenangan cinta pertama masing-masing. Bagi aku, inilah filem yang paling sempurna membicarakan tentang cinta pertama.
i HOPE your Life will be inspired by ME... YOU have fallen in Love with ME... but I will be here just for a moment... I'm offering YOU dreams and choose one that YOU like... the PRICE that YOU must pay is FREE...
Dreamers
Showing posts with label filem Asia. Show all posts
Showing posts with label filem Asia. Show all posts
Tuesday, 23 July 2013
Thursday, 18 July 2013
The Love of Siam...
"I can't be your boyfriend, but that doesn't mean I don't love you." Demikianlah ungkapan Tong kepada Mew di babak akhir filem 'The Love of Siam'. Meski pun ungkapan itu begitu ringkas tetapi maksudnya sangat mendalam. Sesungguhnya, ungkapan Tong kepada Mew memberi maksud dan pengertian cinta yang sangat luas; cinta bukan sekadar keperluan fizikal, mental dan nafsu semata-mata tetapi memerlukan pengorbanan yang tidak ada batasannya. Biar pun cinta itu cinta terlarang tetapi selagi cinta itu wujud, maka tidak ada apa yang bisa menghentikannya. Cinta tidak semestinya memiliki dan dimiliki. Ternyata pengkisahan episod cinta antara Mew dan Tong merupakan tulang belakang yang menjadi kekuatan filem ini; mengembangkan konflik dalam diri watak-watak lain. Maka, filem ini sememangnya boleh dianggap sebagai sebuah filem epik yang plotnya digarap dengan begitu sempurna ; mengakhiri konflik yang sangat rumit dengan memberikan kepuasan kepada penonton dan lari dari tema kebiasaan. Tidak hairanlah jika filem arahan Chookiat Sakveerakul memenangi hampir kesemua anugerah filem utama Thailand.
Monday, 24 June 2013
BTS...Bangkok Traffic Love Story
Tak pasti, sudah berapa kali aku menonton filem ini. Bagi aku, filem ini antara filem cinta yang terbaik pernah aku tonton. Kali pertama aku menonton filem ini adalah melalui saluran televisyen berbayar Astro. Waktu itu aku belum lagi menjejakkan kaki ke Bangkok. Sekembalinya aku dari Bangkok, filem siam memang menjadi kesukaan aku dan paling aku suka adalah filem ini, 'BTS - Bangkok Traffic Love Story'.
Tuesday, 18 June 2013
Pee Mak...Pee Nak...Nak Nak Nak...:)
Berangan nak menonton filem ni di Bangkok bersama Ben, tapi malangnya di sana filem ni dah sebulan lebih ditayangkan. Akhirnya, dapat juga menonton filem ni di Malaysia. Tak rugi pergi menonton filem ni kerana sentuhan pengarah filem ini dan juga para pelakonnya, menjadikan filem ini filem seram komedi yang benar-benar meninggalkan kesan ke atas penontonnya.
Thursday, 2 May 2013
Ada Apa Dengan Cinta...
Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di sini tentang filem cinta remaja Indonesia yang pernah menggegarkan panggung pada suatu ketika dulu. Aku benar-benar tertarik dengan jalan cerita dan olahan oleh pengarahnya. Malah, filem ini juga telah meraih banyak kontroversi kerana adegan kucupan antara Rangga dan Cinta.
Saturday, 13 April 2013
MARIO MAURER...a dream boy...
[ AMARAN : Entri ini dalam bahasa saudagar mimpi...kih3...]
Kebelakangan ni kami mmg kemaruk menonton filem siam...he3...tapi nak dapatkan DVD filem-filem ni mmg susah...maka, babyblve download sajork dari Utiup...(kih3...ada ke website gituh? )...so, bila voring sajork, tgk la filem2 siam ni...kebanyakan filem yg kami tonton adalah filem cinta remaja...awwww...remaja lah sahngat...kih3...
![]() |
| Mario Maurer...the siamese girls heart throbe...soft heavenly eyes... |
Subscribe to:
Posts (Atom)





