Dreamers

Showing posts with label filem Hollywood. Show all posts
Showing posts with label filem Hollywood. Show all posts

Saturday, 21 September 2013

The Mortal Instruments : Beauty


Pertengahan Ogos yang lalu aku berkesempatan menonton satu lagi filem adaptasi dari novel, The Mortal Instruments - City of Bones. Selepas kejayaan filem Twilight, filem ini berkemungkinan menjadi saingan. Meski pun mendapat reputasi yang agak kurang menyenangkan dari pengkritik filem, bagi aku filem ini ada kekuatannya nan tersendiri. Menerusi siri filem Twilight, kita disajikan dengan percintaan  tiga segi antara manusia, pontianak dan serigala jadian; menerusi filem ini pula kita disajikan dengan manusia yang mempunyai hubungan dengan makhluk baik dan jahat dari alam kematian.

Wednesday, 14 August 2013

The Sea of Monsters : Percy Jackson.


Bagi para peminat Percy Jackson, inilah filem yang ditunggu-tunggu. Setelah dua tahun menanti, akhirnya filem kedua dalam siri Percy Jackson menemui anda di pawagam. Bagi yang meminati novel Percy Jackson hasil tulisan Rick Riordon, sudah pasti ingin melihat kekuatan filem kedua ini apabila dibawakan ke layar perak. Mungkin ada yang masih ingat bagaimana novel pertama dalam siri ini iaitu Percy Jackson and The Lightning Thief telah diadaptasikan ke filem. Meski pun tidak sehebat siri Harry Potter, namun filem pertama dalam siri Percy Jackson tersebut bolehlah dianggap sebagai pembuka selera kepada para peminatnya untuk menikmati filem keduanya ini dan seterusnya filem-filem Percy Jackson yang bakal menyusul.

Tuesday, 13 August 2013

RIPD...Dari Komik ke Layar Perak

 

Sudah lama aku tidak menonton filem lakonan Ryan Reynolds, antara pelakon lelaki kesukaan aku. Kali terakhir aku melihat Ryan adalah di dalam filem Green Lantern. Selepas itu, Ryan banyak menyumbangkan suara bagi beberapa watak animasi seperti watak Guy dalam filem The Croods dan Turbo dalam Turbo. Meski pun Ryan tidak begitu kerap diberi peranan dalam filem-filem blokbuster Hollywood tetapi aku memang sukakan bakat dan aksi Ryan apabila berlakon. Lantaran itu, peluang untuk menonton filem terbaru lakonan Ryan, R.I.P.D sudah pasti tidak mungkin disia-siakan.

Sunday, 11 August 2013

Wolverine Terus Beraksi...

                                            
Jika ingin menonton sebuah filem yang penuh dengan aksi, filem terkini dalam siri X-Men, terbitan Marvel Studio iaitu Wolverine adalah filem yang tepat. Sememangnya berbaloi setiap duit tiket yang anda bayar untuk filem ini. Jika dalam filem Wolverine sebelum ini kita dibawa menyusuri sejarah Logan atau Wolverine; kali ini kita mendalami isi hati dan hidup Logan sebagai seorang mutan. Kali ini, filem ini berlatar-belakangkan Tokyo, Jepun.

Wednesday, 7 August 2013

my name is...TURBO

Setiap kali menonton filem animasi terbitan studio Hollywood, kita bukan sahaja berpuas hati dengan jenaka yang disajikan melalui watak-watak dalam filem itu tetapi juga kita akan mendapat pengajaran tentang hidup serta rasa kagum kita terhadap kreativiti yang dipaparkan oleh keluarga produksi bagi menghasilkan filem yang hebat. Filem animasi terbaru keluaran DreamWorks Animation dan diterbitkan oleh 20th Century Fox ini membawakan tema komedi berunsurkan kesukanan. Sememangnya berbeza dari filem-filem animasi yang lain kerana idea yang diketengahkan sangat berbeza. Yalah, siapa menduga akan adanya sebuah filem yang menceritakan tentang impian seekor siput ingin menjadi seorang pelumba kereta. Hah! Bunyinya agak mustahil bukan. Namun, kisah yang dipaparkan melalui filem ini secara tidak disedari boleh diterima oleh khalayak penonton. Dalam erti kata lain, boleh layan lah...

Tuesday, 6 August 2013

Despicable Me 2...Gru In Love...

Rindu pada telatah lucu minions dalam filem Despicable Me ? Masih ingat dengan watak perengus dan 
hati batu majikan minions, Gru ? Jika ya, ayuh kita ke pawagam sekarang untuk menonton filem animasi
Despicable Me 2. Baru-baru ni aku berkesempatan menonton filem tersebut dan ternyata filem kedua 
ini masih menggeletek hati para penontonnya. Kali ini kita akan dapat melihat lebih banyak aksi dan
telatah lucu minions. 

Wednesday, 10 July 2013

Monster University : Back to College Life...

Dalam kesibukan tugas dan pengurusan diri, sempat aku ke pawagam untuk menonton filem animasi yang sememangnya aku tunggu-tunggu, 'Monster University'. Seperti filem-filem animasi terbitan PIXAR sebelum ini, 'Monster University' merupakan sebuah lagi filem yang berjaya menarik perhatian penonton. Berbaloi rasanya menonton filem sekuel kepada 'Monster Inc.' ini.
 

Tuesday, 28 May 2013

Epic : Teruskan Berfantasi...Awesome



Perrrhhh...salam dari utara, Kedah..Semenjak kebelakangan ni mmg agk busy dengan urusan kerja sampai tak ada masa nak up date blog...hehehehe...Hari Ahad lepas, sempat pergi menonton bersama anak-anak buah; filem yang sememangnya ditunggu-tunggu, Epic...Ternyata, filem ini adalah sebuah filem yang menarik dan sesuai untuk ditonton seisi keluarga...Jajajaja..:P

Sunday, 14 April 2013

THE AWESOME CROODS...

Hey...jajaja...masa cuti yang lepas ( cuti tak lama, cuma seminggu sajork...), kami berkesempatan lah pegi menonton filem The Croods...kami pegi sorang sajorkkk sebab my child fruit tak leh pegi...maklumlah nak exam...hahaha...so, kami pegi sorang sajorrrkkkk...mmg kami tertunggu-tunggu filem ni...kami mmg suka menonton filem animasi sebab jalan cerita dia mudah dan menarik...
 
 

Saturday, 13 April 2013

OZ...not that GREAT and POWERFUL...

Dah tonton filem Oz The Great and Powerful ? Bukan filem Mr.Os yeee...opss...hahaha...mana la tahu coz coz silap faham plak...Kalau nak tgk muka Os, mmg tak der la dalam filem ni...OK, filem ni dah ditayangkan di pawagam bulan lepas, kira kat www.amazon.com dah boleh pre order dah pun...hu3...


 

Saturday, 7 July 2012

MIB III...Oh! Touching nyer...


Perhhhh!!!!...mmg aku busy giler lately nih...keje keje keje...ahhhh...tapi masih ada masa untuk g tengok wayang...hahaha...sebenarnya aku dah hampir sebulan menonton filem MIB III ni, tapi tak ada masa nak menulis kat blog nih...so, hari ni baru la berkesempatan...

Saturday, 26 May 2012

Ghotik Retro Tim Burton dan Johnny Depp Dalam Dark Shadow


Memang aku agak busy sejak kebelakangan ni...Perhhhh!!!! Letih giler melayan kerja yang berlambak. Dah seminggu aku nak tulis entry ni tapi memanjang tak de kesempatan. Hmmmmmmmm...Minggu lepas aku dengan budak-budak ni pergi la menonton filem 'Dark Shadows' di pawagam biasa di bandar Segam Yang Amat...Cuma kali ni masa aku beli tiket, budak tu siap tanya berkali-kali sama ada semua yang nak tengok filem ni 18 tahun ke atas ke...pas tu siap cop kat tiket tu...Masa nak masuk, siap check ic bagai...Adoi ai...!!! Sorang budak aku tak dapat masuk...2 orang tu dah 18 tahun ke atas...Aku bising la jugak tapi mamat mengong tu mmg tak bagi masuk. Aku nak tengok sampai bila benda ni mampu bertahan...Kat KL pun tak kecoh...oIo

Saturday, 28 April 2012

'Marvel The Avengers' Filem Yang Menghiburkan

Petang Jumaat (semalam), aku sempat menonton filem 'Marvel The Avengers' di kota Segam yang Amat. Aku kali ni ditemani beberapa orang putera-putera muda Kingdom of Butterflies...Tengok wayang ada ketikanya seronok ramai-ramai, ada ketikanya seronok tengok sorang-sorang...Hmmm...kali ni aku tengok tayangan petang, selalu tengok tayangan waktu malam. Entahlah, aku lebih suka menonton tayangan waktu malam...Mungkin sebab aku ni jenis 'orang malam' kot...hahaha...
pintu masuk ke pasar raya yang menempatkan pawagam...