Dreamers

Saturday, 28 April 2012

'Marvel The Avengers' Filem Yang Menghiburkan

Petang Jumaat (semalam), aku sempat menonton filem 'Marvel The Avengers' di kota Segam yang Amat. Aku kali ni ditemani beberapa orang putera-putera muda Kingdom of Butterflies...Tengok wayang ada ketikanya seronok ramai-ramai, ada ketikanya seronok tengok sorang-sorang...Hmmm...kali ni aku tengok tayangan petang, selalu tengok tayangan waktu malam. Entahlah, aku lebih suka menonton tayangan waktu malam...Mungkin sebab aku ni jenis 'orang malam' kot...hahaha...
pintu masuk ke pasar raya yang menempatkan pawagam...

Sampai aje...Tayangan dah nak mula, terus beli tiket, tapi dapat tempat duduk yang kurang menarik la...Maklum la, pawagam ni belum ada tempahan secara on-line lagi. Kalau tak, boleh dapat tempat duduk yang menarik. Lima minit pertama filem tu macam filem-filem Hollywood yang lain. Aku panggil lima minit pertama ni sebagai 'Waktu bagi chance'. Bukan apa, lima minit pertama ni memang jarang ada babak penting. Saja bagi peluang penonton-penonton yang lambat untuk tidak terlepas babak penting. So, lepas tu barulah babak penting bermula...Memang penting sesangat lah babak tu, babak tunjuk kiub warna biru (Tesseract) ...Tapi aku memang tak faham apa ke bendanya kiub tu...hahaha...:) Lepas tu plak, watak antigonis @ 'villian' @ watak crook dia muncul...Si Loki(Tom Hiddleston), muka mcm bodo jer, tapi memang setan...hahaha...

Loki...siap kena kawal lagi...kau ada????

            Bila si Loki ni bawa lari kiub biru tu, Fury si mamat negro mata satu tu pun mula la kecoh-kecoh suruh agen-agen dia hubungi semua adiwira . Mula-mula agen Natasha (Scarlett_Johannson) tu cari Dr. Bruce Banner (Mark Ruffalo) atau Hulk. Cara dia umpan Dr. Bruce tu memang tak bole bla lah...Guna budak berlakon baik punye...suka suka suka...
            Pas tu panggil si mamat playboy Tony Stark (Robert Downey Jr.) atau Iron Man dan akhir sekali panggil plak si Captain Amerika Steve Rogers (Chris Evans). Pas tu si Loki tu berjaya la ditangkap tetapi masa dalam perjalanan nak ke penjara, si mamat kilat dengan penukul tu, si Thor (Chris Hemsworth),  plak muncul tiba-tiba dalam kapal terbang tu dan bawa lari si Loki tu...Rupa-rupanya, mamat tu pun memang nak belasah saudara tak seketurunan dia tu. Tengah gaduh-gaduh, datang plak si Iron Man...Pas tu dia dua orang plak bergusti...Si mamat handsome Captain Amerika tu plak datang leraikan... Baru la ok...Pas tu, semua adiwira ni memang senantiasa berbalah antara satu sama lain kecuali Hulk, dia buat bodo jer dan cuba menyabarkan dirinya...kih kih kih...



Perbalahan dia orang semua berakhir bila salah seorang agen tu mati, agen ni sebenarnya orang yang melontarkan idea supaya semua adiwira ni disatukan untuk menjaga keamanan dunia. Bila dia dah mati, barulah adiwira ni sedar (klise sangat kan....). Lepas tu plak, si Loki ni membengongkan si Thor, sampaikan si Loki boleh terlepas. Bila dah terlepas, dua orang agen yang dah dikuasai oleh Loki tu cubalah gunakan kiub biru tu untuk panggila tentera dia. Memang dahsyat la bala tentera si Loki ni, siap kapal angkasa macam mentibang tanah...hahaha...best best best...so diaorang lawan lah sampai Loki kalah dan tenteranya musnah...Macam mana dia kalah? Tengok lah sendiri filem ni di pawagam...hahaha...klise sangat ending review ni kan...biasa la...

PART PALING TAK BOLE BLA...bila si Hulk tu belasah si Loki...ado ai...lawak giler...memang aku gelak kuat...siap cakap 'Dewa lembik!' hahaha...terbaik...
PART BUANG MASA, BUANG DUIT BELI TIKET...part si Thor pujuk pujuk Loki, buang masa jer....dah sah si Loki tu setan...mengong...

 Bagi aku filem ni menghiburkanlah...Plot dia pun tak merapu-rapu. Unsur-unsur komedi yang diselitkan membuatkan filem ni tak membosankan...Si Hulk mungkin gagal dalam filem dia sendiri tetapi dia menang dalam filem ni...Memang lawak ar Hulk...Tak bole blah...huhuhu...Boleh tengok lagi...hahaha... Aku ingat nak beli tumblers Avangers nih...nak buat koleksi...:)
Nak semua!!!!!!

Apa entah mende ni...mcm poster besar la kiranya tetapi menarik...


Aku suke gambar ni...Hulk tu mcm tgh makan kepala budak tu kan...hahaha...


Mengong tol...hahaha....
4 stArs
thekingdomofbutterflies*thekingdomofbutterflies*thekingdomofbutterflies*thekingdomofbutterflies*thekingdomofbutterflies 

No comments:

Post a Comment