Dreamers

Sunday 23 June 2013

THE CITY OF ANGELS...

Sawasdee, Thailand...
 
Jun datang lagi. Bermakna sudah setahun kunjungan kali pertama aku ke 'City of Angels', Bangkok, Thailand. Sudah lama aku ingin menulis catatan kunjungan aku ke sana, namun terlalu banyak halangan buat aku. Hari demi hari, bulan demi bulan dan sedar tak sedar, sudah setahun. Malah, dalam tempoh masa itu aku sudah tiga kali mengunjungi kota itu. Namun, mana mungkin serupa dengan kunjungan sulung itu.
 

 
Sudah lama aku impikan untuk pergi bercuti ke luar negara. Namun, seringkali impian itu sekadar tinggal impian. Malah, siapa menduga bahawa seorang lelaki yang hampir suku abad usianya dan bekerjaya tetap seperti aku; belum pernah mempunyai pengalaman menaiki kapal terbang. Lucu bukan. Lantas, aku bulatkan tekad membuat permohonan passport antarabangsa dan segalanya berlaku begitu pantas sekali. Menariknya, sejurus membuat permohonan passport tersebut aku terus membuat tempahan tiket secara on-line dengan syarikat penerbangan MAS dan aku membuat tempahan pakej MAS Holidays.


 
 
Andai ditanya, mengapa Bangkok menjadi pilihan; terus terang aku nyatakan bahawa aku tidak mempunyai jawapan bagi soalan itu. Apa nan pasti, setelah mencongak kedudukan kewangan dan keselamatan, aku akhirnya memilih Bangkok. Tambahan pula, aku sememangnya berhasrat untuk mengabadikan foto-foto istana raja Siam yang sangat terkenal dengan ketinggian seni bina dan ukirannya.
 
Balai Ketibaan Lapangan Terbang Suvarnabhumi
 
6hb Jun 2012, aku memulakan perjalanan. Tidak ada sedikit pun rasa takut dalam diri aku ketika itu meski pun menyedari bahawa tempat yang aku ingin pergi itu adalah tempat yang kali pertama aku lawati dan semestinya segalanya di sana amat asing sekali. Pengalaman menaiki pesawat buat kali pertama adalah amat mengujakan. Malah, beberapa perkara lucu berlaku ketika membuat pemeriksaan kastam. Hehehe...Maklumlah, bukannya pernah menaiki kapal terbang.
 
Barulah aku sedar, betapa luasnya Bangkok...Padat.
Setibanya aku di lapangan terbang Suvarnabhumi ( sebutannya, Suvarnabhum ), aku berasa sangat selesa dan seolah-olah aku berada di negara sendiri. Lapangan terbang itu adalah mesra pengguna, di mana papan-papan tanda penunjuk arah adalah tidak mengelirukan. Malah, sejurus urusan imigresen selesai, aku begitu mudah mendapatkan teksi ke hotel penginapan. Ternyata, negara Thailand sangat seiring dengan jolokan negara pelancongan. Antara yang menarik ingin aku kongsikan di sini adalah tentang pemandu teksi yang aku naiki. Namanya Boa, seorang perempuan tetapi berperwatakan lelaki. Orangnya memang peramah dan bahasa Inggerisnya agak baik. Boa menghantar aku sehingga ke meja penyambut tetamu hotel tersebut. Setelah pasti bahawa aku berada di hotel yang betul dan tidak mempunyai apa-apa masalah, barulah Boa meminta izin untuk pergi. Awesome.
 
Memang sentuhan klasik siam sungguh.
Hotel yang aku tempah sememangnya sangat selesa dan cantik. Sejurus aku sampai, waktu di sana baru sahaja menunjukkan pukul 11 pagi. Maka, aku mengambil kesempatan tersebut untuk membersihkan diri dan berehat. Lebih kurang pukul 3 petang, aku mulakan ekspedisi...hahaha...jalan-jalan sekitar kawasan Silom. Silom ni kira macam kawasan Bukit Bintang di Kuala Lumpur, tempat tumpuan pelancong membeli belah. Kawasan ini juga menjadi tumpuan pelancong kerana kemudahan hotel yang murah dan banyak serta akses kepada pengangkutan awam yang sangat mudah. Setelah melihat-lihat kawasan sekeliling, barulah aku sedar bahawa agak jauh hotel aku menginap itu dengan stesen BTS ( macam LRT kat KL ), Sala Daeng. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk bertukar ke hotel yang lebih dekat dengan stesen tersebut. Aku berani berbuat begitu kerana kos semalam bagi hotel di sana, agak murah. Dan kali pertama aku dapat rasa naik 'Tuk Tuk', hahaha...dah tu dalam hujan la pulak...
 
Bilik di Hotel kedua, lebih murah.
 
Pengalaman pertama menaiki 'Tuk Tuk'.
Malam itu, lebih kurang dalam pukul 8 malam, aku turun untuk mencari air dan roti di kedai 7-11. Di Bangkok, setiap lorong ada kedai 7-11. Semasa aku meninggalkan kunci di kaunter penyambut tetamu, aku tertarik dengan iklan yang dipaparkan pada satu sudut hotel tersebut. Kebetulan, seorang lelaki duduk di meja berdekatan melemparkan senyuman kepada aku. Aku bertanyakan tentang lelaki itu kepada gadis yang bertugas di kaunter. Menurut kata gadis itu, lelaki itu adalah pemandu pelancong. Wah! Ini peluang yang baik. Tanpa berlengah lagi, aku menghampiri lelaki tersebut dan bertanyakan pakej pelancongan yang ditawarkan. Akhirnya, aku menempah untuk melawat 'The King Palace' dan ' Reclining Buddha'.  Kos bagi semua lawatan itu adalah berbaloi.
 
Uncle Jack...a very nice man, friendly...TQ TQ TQ...
Malam tu walaupun agak lembap sebab hujan pada petangnya, namun aktiviti malam di kawasan tersebut tidak pernah terganggu. Malam itu aku menyusuri lorong-lorong...jeng jeng jeng...hahahaha...suspen...hahaha...melihat aktiviti pasar malam di sekitar Pat Pong. OMG...Banyak sungguh pakaian dan aksesori yang dijual kat pasar tu dan harganya pun sangat lah murah. Paling menarik perhatian adalah kasut bertumit 8 inci dan barangan kulit seperti tas tangan. Cuma aku tak berani nak tangkap gambar. Takut kena terajang ke, apa kerrr...hehehe...Bukan apa, kat pasar malam tu juga ada menjual mende-mende yang tak dijual di negara kita seperti alatan seks, majalah lucah dan dvd tak senonoh ittew.
 
Pemandangan biasa jam pukul 11 pagi.
 
Berjalan malam-malam di tengah kesibukan pasar malam di Bangkok memang satu pengalaman yang unik. Bayangkan, sepanjang jalan, penuh dengan gerai-gerai menjual pelbagai barangan. Ditambah pula dengan gerai-gerai menjual makanan yang segalanya nak dijual termasuklah cengkerik, tikus...eeeewwwww...Tak cukup dengan itu, nak berjalan melepasi pasar malam ini juga satu cabaran. Memang penuh, padat. Bukan sekadar orang Siam, pelancong barat, Eropah, Timur Tengah, Korea dan Jepun. Kalau semua tu bau wangi tak apa, tapi kalau jenis tak mandi. Hah! Paksa lah cium bau diaowg ekkkk...
 
 
Gerai cenderahati di depan istana siam.


Askar siam...hahaha...


Pandangan dari luar istana.
 
7hb Jun 2012...Lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi aku bertolak ke 'King Palace'. Dari jauh lagi memang dah nampak tersergam istana lama raja Siam tuh...Sampai-sampai saja, punya lah ramai orang sehinggakan Uncle Jack tak dapat tempat parkir kereta. Akhirnya, aku kena la masuk sorang-sorang tetapi hajat aku tak kesampaian kerana aku tidak berkasut. Nak masuk ke istana tu ada peraturannya. Di situ ada disediakan tempat pinjam kasut tetapi saiz kaki aku yang luar biasa ni memang tak ada saiz kasutnya. :(...maka, aku hanya dapat tangkap gambar istana tu dari luar sahaja.
Selepas tu, aku bergerak pula ke 'Reclining Buddha' atau Buddha Baring...hah! Di sini, memang banyak aku tangkap foto. Ha3...memang bagus Nokia N8 aku nih...gambar memang jelas.
 
Reclining Buddha




My masterpiece...


Informasi tentang 'Reclining Buddha'


Wat di sekitar temple...Diperbuat dari batu marmar bewarna-warni.


Antara rumah ibadat buddha sekitar temple.
 
Selesai melawat dua tempat tersebut, Uncle Jack bawa aku pusing-pusing sekitar Bangkok termasuk melalui China Town. Kemudian, aku sempat singgah di jeti Sungai Chao Phraya. Lebih kurang dalam pukul 5 petang, perut aku dah lapar. Aku minta tolong Uncle Jack carikan restoran halal kerana memang perut aku nak makan sesuatu yang agak berat. Akhirnya, aku berjaya makan di sebuah restoran halal. Hmmmmmm...Uncle Jack memang terbaik...:)
 
China Town Bangkok...Padat.


Tuk tuk...


Jeti Chao Phraya...
 
Selepas puas berehat, malam itu aku keluar lagi untuk melihat ragam manusia di sekitar hotel aku menginap itu. Semasa melalui kaki lima sepanjang jalan itu, aku diganggu oleh 'barkers' yang menawarkan khidmat tukang urut. Apa yang melucukan adalah pertanyaan para 'barkers' tersebut. " Massage. Girls...Boys..." Hahaha...lain macam jerrr bunyinya kan. Dan bila kita menggeleng, mula la dia offer 'boys' plak. Hahaha...Sekarang ni baru aku tahu, kalau dia tanya macam tu, jangan tunjuk apa-apa isyarat, jalan terus saja...so, dia ingat kita orang tempatan. Malam tu, aku habiskan masa windows shopping di Silom Complex, apa lagi kalau tak tgk minyak wangi...hahaha...Di situ la, aku tahu tentang Siam Paragon. Siam Paragon ni kira macam Suria KLCC. Itu pun aku tahu sebab aku tanya tentang perfume Hermes. Kat situ tak ada jual, hanya ada kat Siam Paragon. Dah puas, aku pun balik le ke hotel. Macam tadi juga, aku diganggu 'barkers'. Di tepi-tepi jalan, bersidai perempuan-perempuan murahan menunggu pelanggan. Mak hayyam dan 'barkers' sibuk mempromosi. Masa aku tengah berjalan selamba tu, ada la sorang bapak ayam nih...offer la pompuan dia...aku senyum dan tangan aku kata tidak...pas tu dia offer 'boys' plak...aku buat perkara yang sama...tiba-tiba dia boleh raba punggung aku...perhhhhh...terkedu aku...nasib baik dia pegang belakang, kalau depan...memang dah kena terajang...
Maybe they are agogo boys...( Gambar hiasan)
Satu lagi peristiwa menarik bila aku jumpa seorang budak lelaki siam nih...Semalam aku dah jumpa dia, dia tanya sorang ke. Aku kata aku datang bekeluarga. Malam tu aku terjumpa dia lagi. Dari jauh dia dah senyum, dah dia kata dia tahu aku sorang-sorang. So, aku pun iya kan saja...Pas tu dia kata, kalau aku perlukan escort, dia boleh tolong. Hah! Kose aku...aku kata aku nak balik besok. Dia pun senyum sajorkkk dan buat 'sawadee'. Orang siam ni mmg mcm tuh...tak hilang sawadee eh....Masa menyusuri jalan balik ke hotel tu, macam2 gelagat manusia yang aku tengok dan semuanya tenggelam dalam khayalan dunia. Kebanyakannya, mat salleh la atau 'farang'. Paling pelik bagi aku, bila aku melihat aksi seorang lelaki kacak bertubuh tegap yang sedang menikmati makan malam di gerai berhampiran. Melalui T-shirt yang dipakainya, jelaslah dia bekerja sebagai agogo boy di situ. Ketika aku lalu di belakang dia, dia sedang menonton klip video lucah. Bayangkan betapa selamba nyerrr dia...Selang beberapa minit kemudian, lalu seorang sami Buddha. Dia bangun dan beri ucapan 'sawadee' pada sami tu sebagai tanda hormat. Hah! Pelik kennnn...dan ketika itulah, aku mendapat ilham untuk menghasilkan karya terbaru aku. Lama juga lah aku perhatikan budak tu dan kawan-kawan dia, sehinggalah aku mengantuk dan balik ke hotel.
 
Goodbye Bangkok...


Arca...Urching The Sea Milk


Snap dalam pesawat...oppps...
8hb Jun 2012...Penerbangan aku dalam pukul 11.00 pagi...Tapi aku suka berada di lapangan terbang lebih awal. Masa duduk-duduk di lapangan terbang tu, aku kembali mengenang pengalaman selama dua hari aku berada di Bangkok. Bangkok, 'The City of Angels'. Really ? Who is actually the angel ? Persoalan yang sangat menarik. Aku mula mendapat idea baru untuk bekarya. Dan sesungguhnya, aku akan datang lagi ke Bangkok. Bagi aku, Bangkok adalah kota pelarian terbaik untuk aku berkarya. Di sepanjang penerbangan itu, aku berasa puas kerana percutian aku kali ini memberikan aku beberapa kesempatan yang mungkin hanya dikecapi sekali seumur hidup. Benarlah kata orang, jauh perjalanan, luas pandangan, banyak pengalaman.


No comments:

Post a Comment