Dreamers

Sunday 28 July 2013

The Sweet and Scentful World

 
Tidak kira lelaki atau pun perempuan, semua ingin kelihatan bergaya dan berpenampilan menarik. Semua senang jika dilihat menarik pada pandangan orang sekeliling. Yelah, siapa yang tidak sukakan sesuatu yang cantik dan menarik. Begitu jua dengan penampilan kita. Bukan sekadar pakaian yang menjadikan seseorang itu kelihatan bergaya, kebersihan diri juga perlu dijaga. Selain dari 'grooming' seperti penjagaan wajah, kulit, kuku dan bulu di badan, bau badan juga perlu dijaga. Tidak lengkap rasanya jika sekadar berpakaian dan penampilan menarik tetapi tidak dilengkapi dengan bau-bauan yang mengharumkan.



Perfume terkini.
Terus terang aku katakan, aku adalah perfume maniac...Hahaha...Aku rasa penampilan ku tidak lengkap jika aku keluar bekerja atau melakukan apa-apa aktiviti di luar rumah tanpa aku menyemburkan minyak wangi. Sudah menjadi habit aku rasa kerana aku mula menggunakan minyak wangi semenjak aku di bangku sekolah lagi. Ketagihan mengumpul minyak wangi ini menjadi semakin kritikal setelah aku mula bekerja. Apa yang menarik minat aku untuk membelanjakan beribu-ribu ringgit pada minyak wangi itu ? Sudah pastilah baunya yang menarik dan botolnya yang cantik. Aku pernah alami ketagihan yang agak teruk apabila aku tidak boleh mengawal diri dari mendekati mana-mana kaunter minyak wangi meski pun aku tidak mempunyai perancangan untuk membelinya. Paling teruk apabila setiap kali singgah di kaunter tersebut, aku akan membeli mana-mana minyak wangi asalkan bau atau botolnya menarik.
Dulu...Koleksi awal.
Koleksi minyak wangi aku adalah pelbagai tetapi kebanyakannya mempunyai bau yang unik. Aku sukakan bau yang agak lembut dan feminin. Asas bauan yang aku suka sudah pasti yang mempunyai dasar kayu-kayuan, bunga-bungaan dan rempah ratus. Aku juga menyukai bau citrus tetapi tidak begitu kuat. Ada juga pewangi yang aku anggap sebagai pilihan utama dalam koleksi aku. Pewangi ini aku akan beli setiap kali ianya habis dan aku gunakan dalam majlis-majlis istimewa. Ada juga pewangi yang aku gunakan untuk kegunaan harian seperti ke tempat kerja dan pewangi ini agak murah sedikit harganya.
Berikut adalah jenama pewangi kesukaan aku :
No 1

 BVLGARI
 
Pewangi paling aku suka adalah AQVA for men. Sebenarnya pewangi ini adalah bersifat uniseks. Pewangi ini adalah pewangi wajib...Habis saja aku akan beli dan biasanya aku beli dua untuk buat stok. Bau dia sangat unik dan perkara menarik yang selalu berlaku bila aku memakai pewangi ini, pasti ada yang bertanya pewangi apa yang aku pakai. Selain AQVA, aku jua pernah menggunakan beberapa pewangi lain dari jenama BVLGARI dan kesemuanya sangat istimewa serta memiliki bau yang unik, di samping botolnya yang sangat menarik. Lantaran itu, BVLGARI adalah jenama nombir satu pewangi aku.
 
No 2
 HERMES
  
HERMES sememangnya terkenal dan popular dengan identiti kelembutan dan penuh kewanitaan. Namun, aku jatuh cinta dengan haruman VOYAGETentang Voyage yang begitu lembut dan menggoda. Hahaha...Meski pun harganya agak mahal tetapi baunya membuatkan aku lupa tentang harganya. Agak sukar mendapatkan pewangi ini di tempat aku kerana ianya hanya dijual di kaunter pewangi di gedung beli belah eksklusif seperti Pavillion. Pewangi yang aku ada sekarang ini pun aku beli di Siam Paragon, Thailand. Jajaja...Lantaran itu pewangi ini aku gunakan ketika menghadiri majlis dan orang istimewa sahaja.
 
No 3
 BURBERRY
 
Sejajar dengan usia aku yang semakin matang, pewangi di bawah label BURBERRY merupakan pilihan yang menyenangkan. Hampir kesemua pewangi di bawah jenama BURBERRY istimewa. Namun, aku paling menyukai dua nama pewanginya iaitu LONDON dan BRIT. Kedua-duanya mempunyai haruman yang menyegarkan. Harganya meski pun agak mahal tetapi berbaloi untuk memilikinya. Aku juga sukakan aksesori pada botolnya iaitu dibaluti dengan kain bercorak dam yang menjadi trade mark BURBERRY.
 
No 4
GUCCI
 
GUCCI yang hangat. GUCCI punya banyak pilihan pewanginya mengikut citarasa, acara dan peringkat umur. Namun, GUCCI selalu tampil dengan pewangi yang sensual dan hangat. Emmmm....hahaha...Jika anda kebosanan dan inginkan sesuatu yang luar biasa, semburkan saja GUCCI ke tubuh anda...Pasti anda menjadi seseorang yang baru. Pilihan utama aku adalah GUCCI GUILTY FOR LADIES dan GUCCI POUR HOMME. Aku juga memilih GUCCI sebagai pemberian kepada seseorang yang istimewa dan semestinya dia sangat hot...hahaha...
 
No 5
 
Ada tiga jenama yang berkongsi di tempat kelima kerana bagi aku masing-masing punya keistimewaan tersendiri.
 
JEAN PAUL GAULTIER
 
 
Unik, fantasi dan maskulin...Sangat istimewa dan sensual...Persembahan dan bungkusannya juga sangat menarik. Pilihan aku LE MALE...Tentang Le Male
 
DOLCE & GABBANA



Sama seperti JPG, Dolce&Gabbana juga mempunyai kekuatan nan tersendiri. Unik dan penuh sensual tetapi sederhana. Paling aku suka adalah pewangi 'light blue'....
 
GIORGIO ARMANI

Mempunyai aroma yang mengasyikkan, manis, lembut dan sensual. Pilihan aku adalah ACQUA DI GIO for ladies and men.
 
              Selain lima top 5 pewangi di atas, aku sekarang menyukai bau pewangi keluaran
 SALVATORE FERRANGAMO. Barisan wangian untuk lelaki dan perempuannya mempunyai bau nan istimewa dan botolnya juga menarik. So, watch out guys...
 



Dan sudah semestinyalah selepas berpuluh tahun menjadi pencinta minyak wangi, aku banyak melihat perubahan dalam dunia haruman ini. Dulu, aku paling suka jenama Calvin Klein kerana pewanginya mempunyai bau haruman yang menarik. Namun, kini aku sukakan haruman yang mencerminkan kematangan aku. Bagi aku, Calvin Klein lebih sesuai untuk mereka yang masih remaja. Cuma pewangi Calvin Klein yang aku anggap terbaik adalah CK BE...Pewangi yang sampai sekarang masih menjadi kegemaran aku.
 
 
Pesanan aku, jika ingin memilih pewangi ada banyak perkara yang perlu diambil kira. Pertama, sudah pasti budget anda. Hahaha...Kedua, tujuan pewangi itu dipakai sama ada untuk kegunaan seharian atau menghadiri majlis-majlis tertentu. Ketiga, usia juga memainkan peranan dan minat anda. Namun, kesemuanya itu tidak menjadi masalah bagi aku kerana aku memang pencinta minyak wangi. Hahaha...Aku juga gemar membeli pewangi yang mempunyai bungkusan dan botol yang menarik kerana aku adalah seorang pengumpul.
Pemakaian minyak wangi juga kena dilakukan dengan berhati-hati agar tidak mendatangkan rasa tidak selesa kepada orang lain seperti memakai terlalu banyak minyak wangi sehingga memeningkan kepala orang di sekeliling anda. INGAT, ada orang yang elergik atau tidak suka minyak wangi. Namun, ada juga orang yang berpura-pura tidak suka bau minyak wangi anda hanya kerana mereka tidak mampu memilikinya. :)
 
Aku juga ingin mengongsi beberapa tips tentang minyak wangi.  


  1. Ketika ingin membeli minyak wangi, minta jurujual semburkan sedikit pada pergelangan tangan anda dan kemudian pergilah berjalan-jalan dahulu. Apabila sudah agak lama pewangi itu disemburkan, anda cium semula. Jika baunya masih bagus, maka itu adalah pewangi yang tepat. Jangan sekadar percaya pada bau yang disemburkan pada kertas tester. Kertas dan kulit anda adalah berbeza.


  2.  
     
  3. Pewangi kebiasaannya mempunyai 3 nota utama iaitu nota asas, nota tengah dan nota dasar. Nota utama adalah bau yang anda nikmati sejurus selepas pewangi itu disembur, nota tengah adalah bau yang masih kekal selepas beberapa minit pewangi berada di kulit anda. Nota dasar adalah bau yang kekal pada kulit untuk tempoh masa yang lama. Nota dasar inilah bau sebenar pewangi tersebut dan ianya mencerminkan ramuan utama pewangi itu sama ada iainya pewangi berasaskan bunga, rempah, kayu, buah atau sensual.  

  4. Kopi yang diberi kepada anda ketika di kaunter minyak wangi bukan untuk dimakan tetapi adalah bertindak sebagai peneutral. Sebaik-baiknya, cium dulu bau kopi itu setelah anda mencium 3 jenis pewangi yang berbeza.
  5.  
     
  6. Semburkan pewangi pada titik nadi seperti di belakang telinga, leher, di pergelangan tangan, pelipat siku tangan dan pelipat kaki. Semburkan juga ke udara dan anda berdiri di bawahnya. Semburkan juga sedikit pewangi pada pakaian anda tetapi pastikan dahulu material pakaian anda adalah tidak mudah rosak terhadap kesan minyak wangi.

  7. Bagi penggunaan yang maksimum, anda boleh gunakan losyen, deodoran, krim selepas pencukur serta gel mandian yang sama dengan pewangi anda. Haruman itu akan kekal sepanjang hari. :)
  8.  
     
  9. Individu yang berbeza akan meminati dan sesuai dengan pewangi yang berbeza.


  10. Minyak wangi juga boleh membangkit mood kepada anda atau pasangan anda atau orang disekeliling anda. Maka, berhati-hati ketika memilih minyak wangi dan minyak wangi juga mampu membina keyakinan diri.
SELAMAT MEWANGIKAN DIRI...HAHAHA....


No comments:

Post a Comment