Dreamers

Wednesday 1 May 2013

Legasi Le Male - Jean Paul Gaultier

my Le Male collection

Jean Paul Gaultier (JPG) bukanlah nama asing dalam dunia fesyen antarabangsa. Busana rekaan rumah fesyen ini sangat digilai oleh semua penggemar fesyen seluruh dunia; termasuk orang biasa, businessman sehinggalah kepada artis terkenal seperti Madonna, Lady Gaga, Leslie Cheung dan Kylie Minogue. Namun, bukan busana hasil perekanya sahaja yang menarik perhatian, malah pewangi keluaran JPG tidak pernah gagal meraih perhatian. Sebut saja pewangi Clasique, Le male dan terbaru 'Madame', sudah pasti peminatnya terbayangkan wangian yang didatangkan dalam botol berbentuk tubuh wanita dan lelaki yang sangat erotis.
 

Model Kaylan Falgoust dalam kempen terbaru Le Beau Male
 
Baru-baru ini JPG telah melancarkan haruman terbaru dalam siri Le Male iaitu 'Le Beau Male'. Kali ini wangian ini tampil dengan aroma yang lebih segar dan bertenaga. Masih mengekalkan bau asasnya yang sememangnya sangat erotis, Le beau Male diberi suntikan agak segar dan sedikit sejuk (cool). Bagi kempen pewangi ini pula, JPG memilih model Kaylan Falgoust yang memiliki wajah tampan dan bertubuh seksi. Sudah menjadi kemestian bagi model yang menghiasi kempen pewangi JPG memiliki kriteria-kriteria ini.
 
Pewangi Le male bolehlah dianggap sebagai satu legasi ciptaan Jean Paul Gaultier kerana semenjak diperkenalkan pada tahun 1995 sehinggalah kini, pewangi ini kini menduduki tangga teratas dalam jumlah permintaan seluruh dunia termasuk United States of America dan France. Malah, jumlah permintaan tersebut terus meningkat. Maka tidak hairanlah jika pewangi ini telah dikeluarkan dalam banyak edisi terhad dan istimewa.
 
summer limited edition

summer limited edition

special edition

collector edition

special edition

the latest le beau male

summer edition

fleur le male...botol putih...awwww...
 
Apa istimewanya Le Male berbanding pewangi lelaki yang lain ? Pertamanya adalah reka bentuk botolnya yang mempunyai unsur adonis ( meraikan keindahan tubuh badan lelaki ). Reka bentuk ini adalah diilhamkan dari reka bentuk botol pewangi Clasique iaitu berbentuk tubuh seorang wanita. Botol ini juga mempunyai pelbagai sentuhan artistik yang dicipta oleh JPG dan yang terkini, JPG mengetengahkan tatoo keluarganya pada botol pewangi Le Male dan Clasique.  Selain reka bentuk botolnya yang unik dan klasik, haruman le male juga sangat istimewa. Baunya mungkin punya sedikit persamaan dengan Brute tetapi ianya tampil lebih lembut, sofistikated dan penuh gaya. Bau haruman le male ini juga mempunyai sentuhan erotis kerana baunya seolah-olah bau badan lelaki selepas mandi, segar dan seksi. Walau bagai mana pun, adalah kurang sesuai pewangi ini disemburkan ke pejabat kerana aroma baunya lebih kepada acara-acara yang lebih santai, pesta dan lebih sesuai dengan kehidupan malam yang agak misteri dan liar.  Namun, bagi penggemar pewangi berjenama, tidak lengkap rasanya koleksi anda tanpa pewangi ini. Jajajaja....
 





 
KAYLAN FALGOUST
 
 

No comments:

Post a Comment