Dreamers

Saturday, 26 May 2012

Ghotik Retro Tim Burton dan Johnny Depp Dalam Dark Shadow


Memang aku agak busy sejak kebelakangan ni...Perhhhh!!!! Letih giler melayan kerja yang berlambak. Dah seminggu aku nak tulis entry ni tapi memanjang tak de kesempatan. Hmmmmmmmm...Minggu lepas aku dengan budak-budak ni pergi la menonton filem 'Dark Shadows' di pawagam biasa di bandar Segam Yang Amat...Cuma kali ni masa aku beli tiket, budak tu siap tanya berkali-kali sama ada semua yang nak tengok filem ni 18 tahun ke atas ke...pas tu siap cop kat tiket tu...Masa nak masuk, siap check ic bagai...Adoi ai...!!! Sorang budak aku tak dapat masuk...2 orang tu dah 18 tahun ke atas...Aku bising la jugak tapi mamat mengong tu mmg tak bagi masuk. Aku nak tengok sampai bila benda ni mampu bertahan...Kat KL pun tak kecoh...oIo


Filem 'Dark Shadows' ni memang aku tunggu-tunggu sebab ini merupakan filem yang kesekian kalinya menyaksikan koloborasi Johnny Depp dan Tim Burton. Tim Burton tak payah nak cakap la...Dia ni memang pengarah yang kreatif dan penuh imaginasi...hahahaha...Filem ni sebenarnya adalah nafas baru bagi drama bersiri yang popular sekitar tahun 70an dengan tajuk yang sama.



Setting filem ni berlatar belakangkan pekan kecil di sebuah pelabuhan sekitar zaman 70-an. Fokus utama adalah tentang keluarga dan waris Collin. Aku mmg suka penampilan para pelakon dalam filem ni yang semuanya bertemakan fesyen 70an. Kadang-kadang aku terpikir juga, kalau lah aku salah seorang remaja sekitar tahun 70-an tu...perhhhh...tak dapat aku bayangkan pakai seluar bell bottom yg ketat di bahagian atas dan labuh gelobos di bahagian bawah...hahaha...but very sexy der...

Di permulaan filem ni kita dipaparkan adegan bagaimana  Barnabas Collin berubah menjadi pontianak (vampire) oleh seorang pontianak jelita lakonan Eva Green. Si pontianak jelita ni @ Angelique Bouchard sebenarnya kecewa apabila Barnabas memilih gadis lain sebagai kekasihnya sedangkan dia memang syok giler dengan Barnabas ni. Selepas itu, Barnabas ditanam dengan penuh penyiksaan sehinggalah kerandanya digali dan ditemui secara tidak sengaja oleh sekumpulan pekerja pembinaan yang sedang melaksanakan tugas di tapak projek. Habis semua pekerja tu mati dicekik dan dibunuh oleh Barnabas nih...ish3...tu je ke 18SG nye...
Sementara si pontianak, Angelique Bouchard pula terus hidup beratus-ratus tahun dan menjadi antara orang paling popular dan dihormati di pelabuhan tersebut dengan memiliki industri mengetin ikan sardin...hahaha...Yg kelakarnya, potret keluarga dia kat dinding pejabatnya semua gambar dia, cuma dressing dengan gaya saja yang berbeza....hahaha...teringat filem Anak Bapak...

Bila si Barnabas ni keluar dari kerandanya, dia pun mencari kembali rumah agam peninggalannya. Rumah tu didiami oleh waris keluarga Collin lah...Keluarga ni memang agak huru-hara. Si ibunya, Matriarch Elizabeth Collins Stoddard lakonan Michelle Piefer ni memang relaks saja dengan perangai anak-anaknya terutama anak gadisnya yang agak pelik, Carolyn Stoddard lakonan Chloe Moretz yang sebenarnya seekor serigala jadian. Anak lelaki dia ok mcm ibunya juga. Di rumah tu juga, adik kepada Elizabeth pun tinggal bersama dan adik lelakinya ni memang agak teruk perangainya.


Mula-mula famili ni agak pelik juga la dengan kehadiran Barnabas ni dan hanya Elizabeth sahaja yang tahu siapa diri Barnabas ni yang sebenarnya. Oh! Lupa nak perkenalkan, Bella Heathcote sebagai Victoria Winters (aka Maggie Evans) yang datang ke rumah agam itu sebagai orang gaji yang kemudiannya jatuh cinta dengan Barnabas kerana wajahnya mirip bekas kekasih Barnabas. Hah!

Dan filem Tim Burton, selain Johnny Depp, pelakon yang dia suka ialah Helena Bonham Carter sebagai Dr. Julia Hoffman seorang psychiatrist yang diundang khas oleh keluarga Collins untuk menyelesaikan masalah keluarga mereka. Dalam filem ni, Helena Bonham Carter ni kira beauty conscious juga la dan takut dengan ketuaan...hahaha...Oleh kerana nak awet muda, dia goda Johnny Depp dan sebab adegan kononnya buat oral seks tu, terus label filem ni 18SX...hahaha...budak2 sekarang tak tengok filem ni pun, diaowg lagi advance kau...

PART PALING MENARIK DALAM FILEM NI...Johnny Depp memang terbaik...Suka dengan penampilan dia dalam filem ni. Dia nampak seksi dengan rambut dan pakaian yang dia pakai...Huhuhu...Aksi asmara dia dengan Eva Green pun menarik...kelakar pun ada...hahaha...Dalam gambar di bawah ni, ha...macam ni le keadaannya kalau dua pontianak berasmara...huhuhu


Dalam filem ni, tak ada part atau adegan yang membosankan. Semuanya ok...Best! Best! Best! Secara keseluruhannya aku memang suka filem Tim Burton ni sebab bukan sahaja jalan ceritanya menarik tetapi garapan filem ni penuh berseni. Biasa lah...Tim Burton....So, terbaik....Aku bagi 4 bintang...huhuhu...


No comments:

Post a Comment