Dreamers

Monday 24 June 2013

BTS...Bangkok Traffic Love Story

Tak pasti, sudah berapa kali aku menonton filem ini. Bagi aku, filem ini antara filem cinta yang terbaik pernah aku tonton. Kali pertama aku menonton filem ini adalah melalui saluran televisyen berbayar Astro. Waktu itu aku belum lagi menjejakkan kaki ke Bangkok. Sekembalinya aku dari Bangkok, filem siam memang menjadi kesukaan aku dan paling aku suka adalah filem ini, 'BTS - Bangkok Traffic Love Story'.

Gandingan yang mantap.
         
 Filem ini adalah arahan Adisorn Tresirikasem dan ditulis oleh Navapol Thamrongruttanarit. Filem ini telah menemui peminat di pawagam pada 15 October 2009 dan ianya merupakan filem di bawah keluaran studio GTH. BTS Skytrain yang merupakan antara pengangkutan awam popular di Bangkok menjadi antara penaja filem ini dan boleh dikatakan hampir keseluruhan filem ini difilemkan dengan mengambil latar belakang stesen BTS dan di dalam BTS itu sendiri. Filem ini juga telah mengutip kutipan tertinggi dalam sejarah filem Thailand dan memenangi beberapa anugerah dalam festival filem negara tersebut. Meskipun, para pengkritik filem menyatakan bahawa plot filem ini agak sederhana tetapi kesederhanaan penceritaannya itulah yang menarik minat khalayak penonton negara tersebut.
Hahaha...Aksi gila-gila Mei Li.
Kekuatan utama filem ini adalah terletak di atas peran dua orang pelakon utamanya iaitu Cris Horwang ( Mei Li ) dan Theeradej Wongpuapan ( Loong ). Lakonan Theeradej dalam filem ini sekaligus melonjakkan nama beliau sebagai aktor nombor satu Thailand pada tahun 2010, meletakkan nama beliau sebaris dengan aktor Ananda Everingham yang membintangi filem Shutter. Sememangnya, Cris Horwang sangat bertepatan dipilih memegang watak Mei Li yang agak huru-hara tetapi seorang wanita pertengahan umur yang sangat memerlukan cinta. Namun, filem ini sememangnya meletakkan Theeradej sebagai umpan utama yang menarik golongan wanita muda, gadis belasan tahun dan komuniti gay untuk menonton filem ini.
 
Theeradej ketika awal pembabitannya dalam modeling.
 











 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Idea penceritaan filem ini sangat ringkas tetapi garapan filem ini sangat menarik kerana banyak babak romantis yang diselitkan di dalam filem ini. Malah, ada antara adegan itu yang menyentuh hati. Filem ini mengisahkan tentang Mei Li seorang gadis bekerjaya berusia 30 tahun, terdesak untuk mencari pasangan hidup setelah rakan-rakan sebayanya yang lain telah berkahwin. Pada malam perkahwinan rakan baiknya, Mei Li telah mabuk dan terpaksa bermalam di hotel rakannya yang berkahwin itu. Ketika awal pagi, Mei Li tersedar dan memandu untuk pulang. Dalam perjalanan itu, Mei Li memikirkan tentang dilema yang sedang dialaminya; sehinggalah dia cuba mengelak sebuah motosikal yang muncul secara tiba-tiba. Pemanduannya tersasar dan Mei Li gagal mengawal kenderaannya sehingga keretanya berpusing-pusing di atas jalan sebelum melanggar gerai makan berhampiran. Di situlah kali pertama Mei Li bertemu dengan Loong. Rentetan dari pertemuan yang melucukan itu, mereka kerap bertemu ketika bertukar menaiki BTS Skyliner. Dalam diam, Mei Li cuba mengenali dan mendekati diri Loong, malah dia cuba menjadi 'stalker'. Ketika itu, banyak kejadian melucukan terjadi.
Setelah cermin mata gelap Loong pecah secara tidak sengaja, Mei Li
menggantikannya dengan yg baru dan berjenama beserta dengan nombor
telefon sekali tetapi Loong tidak pernah menghubunginya.
Akibat terlalu obses terhadap Loong, Mei Li telah melakukan sesuatu yang akhirnya telah memecahkan rahsia besar Loong. Rupa-rupanya, Loong pernah menjadi kekasih seorang pelakon wanita yang paling popular. Kejujuran Mei Li mengakui kesilapannya telah membuka hati Loong untuk menceritakan kisah cintanya dengan pelakon tersebut. Bertitik-tolak dari peristiwa itu, hubungan Loong dan Mei Li bertambah intim. Mereka banyak menghabiskan waktu bersama sehinggakan Mei Li melakukan helah bodoh untuk tidak menyertai percutian bersama keluarganya, sebaliknya menemani Loong menikmati kemeriahan pesta air 'Songkhran'.
 
Bilalah nak merasa songkhran mcm nih...huhuhu...
Bagi mengisi percutian 'Songkran' selama tiga hari itu, Mei Li telah memuat turun tempat-tempat menarik dan aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan bersama Loong. Ketika Mei Li tertidur di rumah Loong, Loong telah menemui senarai tersebut. Maka, Loong membawa Mei Li ke tempat-tempat tersebut. Pada akhir percutian tersebut, impian Mei Li hancur berkecai apabila dia mendapat berita yang Loong akan menyambung pelajaran ke German selama dua tahun. Saat itu, Mei Li inginkan kepastian tentang hubungan mereka dan Loong menyatakan memang benar dia rasa tertarik terhadap Mei Li.
Cuba untuk membuat penjelasan.
Adegan yang benar-benar menyentuh hati adalah adegan di mana Mei Li membuka sebuah kotak yang berisi barang-barang yang ditinggalkan oleh Loong pada hari Loong berlepas ke German. Di dalam kotak itu, Mei Li mendapati kesemua barangan yang bermakna dalam pertemuan mereka disimpan begitu baik oleh Loong. Malah, siap dengan nota menyatakan luahan rasa hati Loong terhadap setiap barangan tersebut. Bermula dengan cermin sisi yang pecah dalam kemalangan yang menemukan mereka berdua, hadiah cermin mata Ray Ban beserta nombor telefon Mei Li dan sebab musabab mengapa Loong tidak pernah cuba menghubungi Mei Li, sehinggalah foto-foto yang mereka rakamkan bersama. Semuanya itu menjadi jawapan kepada teka-teki hubungan mereka selama ini. Saat itu, barulah Mei Li yakin dan sedar bahawa  Loong mencintai dirinya...Ohhhhh....
 
Setelah dua tahun, mereka kembali bertemu.
Dua tahun selepas itu, tanpa diduga mereka bertemu sekali lagi ketika ingin bertukar BTS. Ketika pertemuan itu, mereka sekadar bertanya khabar sebelum menuju ke arah destinasi masing-masing. Namun, penamat filem ini sememangnya sangat menarik. Ketika dalam perjalanan balik itu dan ketika fikiran Mei Li sarat dengan kenangan bersama Loong, tiba-tiba kuasa elektrik BTS tergendala. Sejurus selepas itu, semua penumpang mula menghubungi orang tersayang masing-masing dan bercerita akan kelewatan mereka. Bayangkan, ketika semua orang mempunyai teman untuk berbicara, Mei Li sekadar diam membisu kerana dia tidak memiliki sesiapa untuk dihubungi. Namun, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Mei Li tidak pasti dan tidak mengenali nombor pemanggil tersebut. Apabila diangkat, Mei Li terkejut kerana Loong menghubunginya. Setelah beberapa ketika berbicara, kuasa elektrik berfungsi semula dan lampu kembali menyala. Mei Li terkejut kerana Loong berada di sisinya dan Loong berkata. " Itulah nombor telefon saya. Kamu simpan ya." Ohhhh...sememangnya, sekian lama Mei Li inginkan nombor telefon Loong, akhirnya tanpa diduga dia berjaya memilikinya. mmmmmm....awesome ending...
 
Wajah kacak pure siamese...Bukan mix. Wife dia pun lawa gak...:)
Bagi aku, secara peribadi aku menyukai filem ini kerana filem ini mengingatkan aku tentang kenangan selama berada di Bangkok. Setiap kali menonton filem ini, aku akan senyum sendiri apabila melihat tempat-tempat yang pernah aku kunjungi dipaparkan dalam filem ini dan pengalaman menaiki BTS. Selain itu, salah satu adegan yang menarik perhatian aku dalam filem ini adalah adegan Mei Li mengunjungi rumah Loong yang terletak di tepi sungai Chao Phraya. Ketika memasuki rumah tersebut, Mei Li mendapati Loong sedang tidur keletihan setelah seharian menghabiskan masa bersama merasai kemeriahan 'Songkhran'. Kemudian, Mei Li tertidur. Dan apabila tersedar, Loong sekadar tenang dan bersahaja. Kenapa aku suka adegan itu? hahaha...adalahhhh...:)
 
 
lOve BTS...lOve BKK...lOve Aae...

 

No comments:

Post a Comment