Dreamers

Tuesday 13 August 2013

RIPD...Dari Komik ke Layar Perak

 

Sudah lama aku tidak menonton filem lakonan Ryan Reynolds, antara pelakon lelaki kesukaan aku. Kali terakhir aku melihat Ryan adalah di dalam filem Green Lantern. Selepas itu, Ryan banyak menyumbangkan suara bagi beberapa watak animasi seperti watak Guy dalam filem The Croods dan Turbo dalam Turbo. Meski pun Ryan tidak begitu kerap diberi peranan dalam filem-filem blokbuster Hollywood tetapi aku memang sukakan bakat dan aksi Ryan apabila berlakon. Lantaran itu, peluang untuk menonton filem terbaru lakonan Ryan, R.I.P.D sudah pasti tidak mungkin disia-siakan.

Ilustrasi komik terhadap watak Roy dan Nick tetapi Nick dalam filem
lagi handsome...;)
 
RIPD merupakan filem adaptasi dari komik dengan tajuk yang sama. Filem ini memaparkan kisah dua orang bekas polis terbaik menjalankan tugas di sebuah ibu pejabat polis R.I.P.D atau dikenali sebagai Rest In Peace Department. Namun, mereka merupakan polis yang telah mati dan mereka menjalankan tugas memberkas mereka yang telah mati tetapi lari dari hukuman dan perbicaraan serta melakukan huru-hara terhadap orang yang masih hidup.
 
Ryan Reynolds sebagai Nick.
 
Nick Walker seorang polis terbaik di Boston telah mati akibat ditembak oleh rakan setugasnya sendiri, Bobby. Dalam satu penggeledahan sebelum itu, Nick dan Bobby secara rahsia telah mengambil beberapa kepingan emas. Nick telah menanam kepingan emas itu di belakang rumahnya bagi tujuan untuk mendapatkan hidup yang lebih baik bersama isterinya, Julia. Namun, Nick mengubah fikirannya untuk tidak terus bersubahat dengan Bobby. Lantaran itu, Bobby nekad menembak Nick, bimbang jika Nick memecahkan rahsia mereka.
Pengurus R.I.D.P Boston.
 
Ketika roh Nick ingin diangkat ke langit melalui sebuah terowong, tiba-tiba rohnya ditarik ke ibu pejabat R.I.P.D iaitu ibu pejabat agensi yang ditugaskan menangkap 'Deados', iaitu roh yang tidak dapat melepasi perbicaraan untuk ke dunia selepas mati dan kembali ke dunia membuat huru-hara. Di situ Nick telah menemui ketua pegawai agensi tersebut bagi cawangan Boston iaitu Proctor. Setelah diterangkan kepada Nick tentang tujuan dia ditawarkan tugas tersebut, akhirnya Nick bersetuju dan digandingkan dengan seorang lagi pegawai iaitu Roy. Roy merupakan bekas polis pada era 1800. Roy telah lama bertugas di R.I.P.D dan beliau seorang yang sangat cekap tetapi keras kepala.
 
Avatar Nick dan Roy; lelaki tua berbangsa cina dan gadis Russia yang seksi.

Perkara pertama yang dilakukan oleh mereka selepas itu adalah menghadiri majlis pengkebumian Nick. Sewaktu itu Nick dapat melihat bagaimana Bobby berpura-pura baik terhadap isterinya. Nick jumpa menghampiri dan berkomunikasi dengan isterinya tetapi gagal. Di mata manusia biasa, mereka adalah berbeza. Masing-masing mempunyai avatar sendiri. Di mata orang ramai, Nick adalah seorang lelaki tua berbangsa cina, manakala Roy seorang gadis Russia yang jelita dan seksi. Adegan ini sememangnya melucukan.
Kevin Bacon sebagai Bobby...
 
Nick kemudiannya mengikut Roy bagi menjalani latihan. Roy meminta Nick membantunya dalam memberkas beberapa Deados. Hasil intipan itu juga telah membawa kepada rahsia Bobby. Bobby didapati berurusan dengan beberapa Deados bagi menjual beberapa jenis barangan berharga. Dalam berurusan dengan Deados, mereka telah melakukan kesilapan iaitu mendedahkan Deados kepada khalayak awam. Akibatnya, mereka digantung dan hasil penyiasatan terhadap mereka, pihak pengurusan mendapati bahawa Bobby adalah seorang Deados dan dia cuba menjual satu artifak berharga iaitu Staff of Jericho. Artifak purba ini boleh mengakibatkan terowong yang membawa orang mati ke alam kehidupan selepas mati menjadi songsang dan sekiranya ini berlaku, orang yang telah mati akan memenuhi dunia kehidupan manusia semasa dan melakukan huru-hara.
Gandingan serasi biar pun berbeza pemikiran dan dari dua zaman berbeza.
 
Meski pun mereka telah dipecat tetapi mereka bertindak secara senyap untuk menghalang perkara ini terjadi. Dalam waktu yang sama Deados bertindak mengambil kembali kesemua barangan yang dirampas. Mereka berjaya mengambil barangan tersebut. Keadaan bertambah teruk apabila Julia diculik oleh Bobby untuk mendapatkan darah Julia bagi melaksanakan visi mereka.Namun,pihak Deados gagal menyempurnakan hasrat mereka apabila mereka dihapuskan oleh Nick, manakala Roy memusnahkan Staff of Jericho. Julia yang digunakan sebagai salah satu elemen untuk membuka laluan tersebut akhirnya terkulai di atas pangkuan Nick. Ketika itulah Proctor datang dan menyatakan bahawa Nick berjaya menebus kesilapannya, manakala Julia layak diberi peluang kedua untuk hidup.
 
gorgeous...
Babak di penghujung filem ini sememangnya melucukan. Nick yang kurang gembira dengan avatarnya sebagai seorang lelaki cina tua telah diberi peluang menggunakan avatar yang baru. Kali ini Nick diberi avatar sebagai seorang gadis ulat buku ( nerd girl ). Memang melucukan kerana ianya lebih teruk dari avatar sebelumnya. Penonton juga berasa gembira kerana Julia dapat berkomunikasi dengan Nick setelah Nick menerangkan kepada Julia tentang dirinya yang sebenar. Filem ini adalah sangat ringkas tetapi menarik untuk ditonton.
 
Awesome....
 

No comments:

Post a Comment