Dreamers

Saturday 21 September 2013

The Mortal Instruments : Beauty


Pertengahan Ogos yang lalu aku berkesempatan menonton satu lagi filem adaptasi dari novel, The Mortal Instruments - City of Bones. Selepas kejayaan filem Twilight, filem ini berkemungkinan menjadi saingan. Meski pun mendapat reputasi yang agak kurang menyenangkan dari pengkritik filem, bagi aku filem ini ada kekuatannya nan tersendiri. Menerusi siri filem Twilight, kita disajikan dengan percintaan  tiga segi antara manusia, pontianak dan serigala jadian; menerusi filem ini pula kita disajikan dengan manusia yang mempunyai hubungan dengan makhluk baik dan jahat dari alam kematian.

Filem produksi usahasama penerbit filem Amerika dan German ini mengangkat hasil karya penulis novel remaja dewasa Amerika, Cassandra Clare. Filem ini diangkat dari novel pertama dalam siri The Mortal Instruments. Aku tidak berkesempatan membaca novel ini kerana terlalu sibuk dengan tugas, maka tidak dapat aku membezakan sama ada filem ini mengikut gambaran di dalam novel tersebut atau pun sebaliknya.
 
Plot filem ini sangat kompleks kerana novel itu sendiri mengetengahkan beberapa plot mungkin. Bagi aku suntingan plot bagi filem ini kurang kemas kerana aku berasa bosan untuk memahami filem ini. Selepas satu konflik, satu lagi konflik lagi menyusul. Ini membuatkan ada ketikanya aku kabur dalam memahami pengkisahan beberapa watak. Pada awal filem ini, aku tidak begitu terganggu sehinggalah watak serigala jadian muncul. Watak ini mengingatkan aku kepada filem Twilight dan sekaligus membuatkan aku sedikit bosan kerana berpendapat, filem ini mula menyamai filem Twilight. Begitu juga dengan permusuhan antara pontianak dan serigala jadian.
 
 
Namun, kekuatan filem ini adalah terletak pada pemilihan barisan pelakonnya. Kesemua pelakon dalam filem ini muda remaja dan berwajah menarik. Watak utama filem ini, Clary Fray dilakonkan oleh pelakon remaja yang berwajah jelita Lily Collins. Watak hero filem ini pula adalah watak Jace Wayland lakonan aktor muda berwajah seksi Jamie Campbell Bower. Begitu juga dengan watak-watak lain. Kesemuanya cantik dan kacak belaka. Maka tidak salah jika aku mengatakan bahawa antara alatan manusia biasa itu adalah kecantikan. hahaha...Kira sepanjang filem ini, aku seakan cuci mata melihat penampilan para pelakonnya.
 





 
Dalam ramai-ramai pelakon tu, aku paling tertarik dengan lakonan seorang pelakon lelaki berwajah asia. Selepas menonton filem itu, aku terus mencari di internet tentang data pelakon tersebut. Rupa-rupanya beliau adalah model lelaki top di Canada tetapi dilahirkan di Taiwan. Godfrey Gao, merupakan model dan pelakon yang telah membintangi beberapa filem lain sebelum ini. Bangga juga melihat wajah asia mencipta nama dalam filem hollywood.
 

 
Secara keseluruhannya, filem ini mungkin akan bertambah baik dalam siri yang berikutnya. Plot dalam filem ini terlalu kompleks dan perlu penyuntingan yang kemas. Namun, penampilan pelakonnya sedikit sebanyak mampu menarik khalayak remaja untuk ke pawagam.
 
 

No comments:

Post a Comment