Dreamers

Saturday 13 April 2013

OZ...not that GREAT and POWERFUL...

Dah tonton filem Oz The Great and Powerful ? Bukan filem Mr.Os yeee...opss...hahaha...mana la tahu coz coz silap faham plak...Kalau nak tgk muka Os, mmg tak der la dalam filem ni...OK, filem ni dah ditayangkan di pawagam bulan lepas, kira kat www.amazon.com dah boleh pre order dah pun...hu3...


 


 Filem ni merupakan filem remake, di mana filem ni telah ditayangkan di layar perak pada tahun 1939, The Wizard of Oz. Karya asal filem ini adalah hasil tulisan L. Frank Baum dengan tajuk Oz.
Filem ini adalah hasil arahan Sam Raimi dan barisan para pelakon yang membintangi filem ini terdiri daripada James Franco, Mila Kunis, Rachel Weisz dan Michelle Williams.

 
 Kenal ke sapa James Franco tu ? Pernah tengok iklan Gucci by Gucci fragrance for men ? Ha, mamat tu la yang memegang watak Oz, seorang ahli silap mata. Sehinggalah pada suatu masa dia telah diterbangkan oleh puting beliung, sehingga terdampar di sebuah tempat bernama The Land of Oz. Terus terang cakaplah, part permulaan filem ni memang membosankan. Dah lah temponya perlahan, hitam putih dalam paparan skrin 4 segi tepat. Ewwwwwwww...
 
 
Tanpa perubahan yang besar dari versi asalnya, filem ini masih mengekalkan watak watak utama dari karya asal. Plotnya juga sama seperti dalam karya asal. Selepas tiba do The Land of Oz, orang pertama yang ditemui Oz ialah Theodora. Kemudian, Theodora yakin bahawa Oz adalah ahli sihir yang mereka semua nanti nanti kennnn...So, Theodora bawa la balik si Oz ke istananya di Emerald City. Masa tu Theodora dah mula flirt ngan mamat ni. Dalam perjalanan tu juga Oz bertemu dengan monyet terbang Finley.

 
Masa kat istana tu, Oz bertemu dengan Evanora, kakak si Theodora. Evanora cerita la kat Oz yang dia perlu musnahkan tongkat sakti ahli sihir jahat yang tinggal di dalam Dark Forest. Dalam perjalanan ke hutan tu, Oz bertemu pula dengan China Girl, iaitu China Doll yang diperbuat daripada kaca. Rumah dan perkampungan China Girl ni telah dimusnahkan oleh ahli sihir yang jahat tu. Kami mmg meluat tgk kegedikan China Girl tuhhh...kikilala sungguh...hahaha... 
 
 

 
 

Di Dark Forest itu, akhirnya Oz bertemu dengan Glinda the Good Witch. Selepas pertemuan itu, barulah Oz tahu bahawa dia telah ditipu oleh Evanora. Sebenarnya Evanora adalah ahli sihir yang jahat itu. Di waktu yang sama, Evanora mempengaruhi minda Theodora dengan mengatakan bahawa Oz tidak mencintai diri adiknya itu. Oleh kerana terlalu kecewa, maka Theodora telah memakan sebiji epal yang mengubah dirinya kepada ahli sihir yang paling kejam.
 
 
Jadi, apakah kesudahan filem ini ? Sudah semestinyalah, pihak yang baik mencapai kejayaan dan yang kejam akan mendapat balasan yang setimpal. Secara keseluruhannya filem ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Penggunaan teknologi CGI yang terkini membantu filem ini mengetengahkan latar belakang filem yang sangat indah. Namun, dari segi plot, filem ini bolehlah dikatakan kurang menyengat. Bolehlah dikatakan agak mendatar. Jika dibandingkan dengan filem Alice In The Wonderland, kami kira filem ini kurang mantap. Kami bagi 3 bintang sajorkkkk...Cukuplah kennnn...hahahaha...
 
 
 
 
 
Bagi runut bunyi filem ni, diva paling diva Mariah Carey telah diberi penghormatan untuk meyanyikan lagu tema filem ni...Almost Home...bagi kami lagu tu mmg enjoy...best...!!!
 

 


No comments:

Post a Comment