Dreamers

Sunday 14 April 2013

THE AWESOME CROODS...

Hey...jajaja...masa cuti yang lepas ( cuti tak lama, cuma seminggu sajork...), kami berkesempatan lah pegi menonton filem The Croods...kami pegi sorang sajorkkk sebab my child fruit tak leh pegi...maklumlah nak exam...hahaha...so, kami pegi sorang sajorrrkkkk...mmg kami tertunggu-tunggu filem ni...kami mmg suka menonton filem animasi sebab jalan cerita dia mudah dan menarik...
 
 

 
So, lepas menonton filem ni, kami mmg seronok yang amat...BEST GILERRR...GILERRR PUN TAK BEST MCM NI...!!! hahaha...dah lama tak ada filem animasi mcm ni. Filem animasi yang memaparkan kisah kekeluargaan. Kali terakhir kami tonton filem animasi best mcm ni, filem MULAN...mmmmm...Plot atau jalan cerita filem ni mmg menarik. Watak-watak dalam filem ni pun mmg cool...jajaja...
            Filem ni simple saja iaitu mengenai kehidupan keluarga Croods. Latarbelakang filem ni adalah ketika zaman batu dan pada masa itu, keluarga Croods ni duduk dalam gua. Grug, ayah kepada Eep, Sandy dan Thunk merupakan ketua keluarga dan salah satu tanggungjawab yang besar bagi Grug adalah memastikan keselamatan anak2nya dan isterinya, Ugga. Selain itu, ibu kepada Ugga, Gran juga tinggal bersama mereka. Grug senantiasa bercerita kepada keluarganya tentang bahaya jika seseorang itu keluar dari gua dan rasa ingin tahu sesungguhnya adalah tidak baik. Bagi Grug, rasa ingin tahu akan membawa kepada bahaya. Namun, anak gadis Grug iaitu Eep sentiasa mempunyai pendapat yang berbeza. Ini didorong pula oleh neneknya Gran.
 
Pertemuan Guy dan Eep, membibitkan rasa cinta.
 
           Sehinggalah pada suatu malam, Eep tersedar dari tidur dan ternampak sinar cahaya. Pada waktu itu, mereka belum kenal tentang api. Maka Eep keluar dari gua dan kemudiannya bertemu dengan seorang lelaki, Guy. Guy merupakan pemuda yang penuh dengan idea dan dia telah menemui cara menyalakan api menggunakan batu. Guy juga mempunyai teman iaitu haiwan kesayangannya yang cute, Belt. Dalam pertemuan yang singkat itu, Guy sempat menyatakan kepada Eep bahawa dunia akan musnah dengan satu letupan yang dahsyat. Pada awalnya Eep tidak faham apa yang Guy maksudkan, sehinggalah gua mereka musnah dalam satu kejadian gempa bumi, dan kemudian mereka sekeluarga berpindah. Apabila keadaan menjadi semakin sukar, Eep telah memanggil Guy menggunakan tetuang kulit siput. Kemudian, Guy menjadi sebahagian dari keluarga Croods. Namun, kehadiran Guy kurang disenangi oleh Grug kerana mereka mempunyai cara yang berbeza dalam melaksanakan sesuatu atau menyelesaikan masalah. Grug lebih menggunakan kekuatan fizikal, manakala Guy lebih menggunakan kekuatan akal fikiran. Namun, akhirnya Grug menerima Guy kerana seluruh ahli keluarganya menerima Guy dengan baik. Malah, Guy banyak menyelamatkan mereka sekeluarga.
 
Ryan Reynolds, suara untuk Guy...mmmmm...
Bagi kami, ada dua watak yang memang seronok kami tonton dalam filem ni. Pertama watak Guy. Jantan ni kennn kami mmg seronok tgk dia mengeluarkan idea bagi menyelesaikan masalah. Kami seronok tgk dia ajar keluarga Croods ttg cara menggunakan batu nak menghidupkan api. Cara nak berburu dengan betul. Paling menarik adalah adegan membuat selipar. Itu paling best. Jajajaa...dah tu...ehem ehem...tgk la guna suara siapa pulak? biasa la, Ryan Reynolds...sapa tak kenal mamat handsome tu kennnn...hahaha...Watak kedua yang kami suka ialah watak Gran, nenek. Memang klakar lah minah ni. Kalau adegan dia jerrrr, mmg kami tegelak kuat...opps...Memang slumber...Kiranya dua watak ni menjadikan filem ini yang terbaik...
 
LAIN-LAIN YANG BEST....
 
banyak yang kami suka tentang filem ni...antaranya, lukisan atau mural pada dinding yang dilukis oleh Grug setelah terpisah dengan keluarganya...
 
Mural yang penuh erti
 
Pas tu binatang2 dalam filem ni pun cute cute, antaranya Chunky the 'Macaunivore'...pas tu sloth yang dinamakan Belt dan haiwan kesayangan Thunk, Douglas.
 
 
Pemandangan dalam filem ini juga menarik dan penuh warna warni. Malah, ada lokasi dalam filem ini seolah-olah di dasar laut. Satu lagi perkara yang menarik dan kreatif dalam filem ini adalah tentang Piranhakeets ( sekumpulan burung berbulu merah tetapi ganas seperti piranha...)
 
Piranhakeets...sekelip mata, semua binatang lesap kena makan.
 

 
NEVER HIDE URSELF, FOLLOW THE SUN & GO FOR TOMORROW...Ini merupakan kata-kata hikmah yang terdapat di dalam filem The Croods. Maknanya, kita jangan berasa rendah diri. Setiap orang punya kelebihan, maka gunakanlah kelebihan itu pada tempat yang betul dan kejayaan pasti akan menjelma. Filem ini juga mempunyai tema ikatan kekeluargaan yang kuat di mana kita perlu sedar, walau apa jua yang berlaku, keluarga tetap di sisi. So, filem ni mmg rugi tak tonton. Kami bagi 5 bintang....wow...
 
 
Yuna turut menyumbangkan suara untuk lagu tema filem ini 'Shine Your Way'.
 

No comments:

Post a Comment