Dreamers

Monday 15 April 2013

THE HOBBIT :an unexpected journey...

 
 

Kali ni kami nak bawakan review blu ray la plak...blu ray pilihan kami kali ni adalah blu ray The Hobbit : An Unexpected Journey...tak tahu la kami sama ada blu ray ni dah ada di pasaran tempatan ke belum sebab kami order blu ray ni kat amazon...kami nak la kongsi info kat sini...bila kira punya kira balik, untung jugak la order blu ray kat amazon nih ( tapi mesti beli pre order punya, harga murah )...bukan apa, harga blu ray dan harga pos sama sajorkkk ngan blu ray jual kat sini...yang berbeza kualiti dia la...mmg kualiti barangan sana tak taw la nak cakap apa...gambar cantik dan yang paling ketara kualiti audio dia...perhhhhh....


 


Filem The Hobbit ni merupakan apa yang terjadi 50 tahun sebelum berlakunya peristiwa-peristiwa di dalam filem The Lord of The Rings. Kepada sesiapa yang belum menonton trilogi filem The Lord of The Rings, tak pe sb lepas tgk filem The Hobbit ni, bolehlah menonton trilogi filem tu. Bagi yang dah menonton trilogi filem The Lord of The Rings, sudah pasti ada beberapa adegan dalam filem ni yang akan mengimbau ingatan anda. Antaranya, saat Gollum kehilangan cincinnya. Begitu juga adegan tiga gergasi yang ingin memasak dan kemudiannya disumpah menjadi batu. Beberapa watak dalam filem ini juga pasti anda sangat kenali termasuklah The White Witch dan Saruman.
 


Terdapat beberapa adegan menarik di dalam filem ini. Antaranya :
1. Gotong royong basuh pinggan di rumah Bilbo.
2. Pertarungan gergasi batu di bukit.
3. Ahli sihir pelik yang sayangkan haiwan bernama Radagast The Brown.
4. Teka teki antara Bilbo dan Gollum.
5. Raja Orc yang gemok boyot...hahaha...

 
Filem ni juga dalam bentuk trilogi...Filem kedua dalam siri trilogi ni bertajuk 'The Desolation of Smaug' dan filem ketiga pula bertajuk 'There and Back Again'. So, kami memang tak sabar nak menunggu filem kedua dalam siri ni ditayangkan di pawagam nanti. Pada pengakhiran filem pertama pun, memang kami tak sabar. Filem kedua nanti mungkin lebih banyak difokuskan kepada naga iaitu Smaug sebab tajuk filemnya pun ada nama naga tu. So, tak rugi beli blu ray @ dvd filem ni. Boleh tgk banyak2 kali...

No comments:

Post a Comment