Di Sebalik Sayap Si Malaikat Itu
oleh warisan casiopia
Acapkali dalam perjalanan ini
aku bermonolog sendiri;
Aku atau engkau
Nan bergelar malaikat ?
Kau bukanlah pengemis di jalanan
Jua bukan penglipur lara di peraduan
Saat semua bintang berguguran
Kau muncul di celahan kabus.
Redup matamu berawan mendung
Manis bibirmu bersalut madu agung
Ku tawarkan setitis embun
Pada sepasang sayap mu nan berdebu.
Sayang bila bulan terhempas di lautan
Kau rentap hatiku
Hingga tak berjiwa
Tiap kasih di jalinan rongga.
aku bermonolog sendiri;
Aku atau engkau
Nan bergelar malaikat ?
Kau bukanlah pengemis di jalanan
Jua bukan penglipur lara di peraduan
Saat semua bintang berguguran
Kau muncul di celahan kabus.
Redup matamu berawan mendung
Manis bibirmu bersalut madu agung
Ku tawarkan setitis embun
Pada sepasang sayap mu nan berdebu.
Sayang bila bulan terhempas di lautan
Kau rentap hatiku
Hingga tak berjiwa
Tiap kasih di jalinan rongga.
Lewat sore dua hari lepas, sedang kami duduk-duduk sendirian di anjung rumah kami, tiba-tiba kami didatangi sang pena wahyu. Kami memang selalu begitu. Idea menulis ni mengetuk pintu tak tentu ruang dan masa. Lantas kami terus hidupkan komputer riba kami dan mula bekarya. Kemudian kami terus la paparkan pada facebook kami. Sebenarnya, kesemua wadah mainan bahasa yang kami paparkan pada halaman sesawang ni bukan hasil karya penuh. Kami paparkan separuh saja atau lebih tepat petikan sahaja. Bukan apa, kami tahu ramai penjenayah cyber di hujung jari dewasa ni. Kami tak mahu la, hasil kami disadur tanpa izin. Hehehe...
Timbulnya idea kami untuk bekarya kali ini didorong oleh apa yang kami dengar dari seorang kawan kami. Katanya, dia kecewa dengan sikap salah seorang anak didiknya yang kini mula berubah hanya kerana cinta. Memang kami akui la, pelajar tu memang baik budaknya. Sekarang ni bukan dia nakal atau biadab, cuma dia baru tahu betapa manisnya cinta. Kami tak salahkan dia, cuma apa yang membimbangkan kawan kami itu adalah beberapa tindakan dia yang tak sepatutnya dilakukan oleh seorang pelajar hanya kerana asyik dengan bercinta.
Lantas, kami terusik jua la dengan kisah kawan kami itu dan kami dapat rasa apa yang dia rasa. Rentetan dari itu, kami duduk la memikirkan tentang apa yang kami pernah lalui pula. Kami memang acapkali berada dalam keadaan begitu. Kami selalu ketemu dengan seseorang yang baik dan selepas mengenali dirinya dengan mendalam maka kami berkongsi masalah atau kisah sedih bersama. Saat itulah, kami akan cuba membantu dia untuk mencapai kebahagiaan tetapi apabila mereka mula mengecapi erti bahagia; dengan perlahan-lahan kami akan hilang dari hidup dia. Hmmmm....Tragis sungguh kan. Perasaan kami saat itu, sudah pasti lah kecewa dan sedih sebab kami pun manusia biasa yang punya hati dan perasaan.
Namun, itu dulu....Kini, sejak kami menjalankan perniagaan sebagai saudagar mimpi, kami tak lagi berperasaan begitu. Bagi kami kini, semua yang datang akan pergi jua. Semua yang ada di dunia ini, hanyalah sementara; sama ada yang indah atau jelik. Maka, janganlah terlalu kecewa dengan segala apa yang terjadi atau dalam kata Inggerisnya 'This life is too short. Don't take something very seriously.' Dalam sesuatu perhubungan pun, kami tidak pernah meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana kami sedar kadang-kadang amat tipis sekali buat seseorang itu memiliki cinta. Tuhan pasti punya sebab mengapa Dia memilih ke atas kita untuk menjadi soldadu sepi.
Berbalik kepada sajak di atas, perkataan 'malaikat' dipilih adalah sebagai simbol seseorang yang punya banyak kebaikan dan secara tidak langsung punyai sifat fizikal yang cantik serta menarik. Perkataan 'malaikat' ini langsung tidak punya apa-apa kaitan dengan agama. Maka, jangan keliru atau cetus kontroversi. Pada baris ketiga dan keempat, penulis mencetuskan pertanyaan. Pertanyaan itu lebih kepada kekeliruan; bila mana dia tersedar betapa 'malaikat' itu bisa melakukan sesuatu yang menyakitkan dan mengejutkan. Pertanyaan ini juga jelas menggambarkan betapa penulis turut menggambarkan bahawa dirinya jua bukan sempurna.
Kau bukanlah pengemis di jalanan
Jua bukan penglipur lara di peraduan
Saat semua bintang berguguran
Kau muncul di celahan kabus.
Jua bukan penglipur lara di peraduan
Saat semua bintang berguguran
Kau muncul di celahan kabus.
Baris-baris di atas menggambarkan tentang siapa diri malaikat itu di mata penulis. Bagi penulis, kehadiran malaikat itu bukan atas niat untuk menuntut sesuatu dan kehadiran malaikat itu lebih kepada membawa kegembiraan. Malah, kehadiran malaikat itu sebenarnya lebih dari itu apabila penulis menggunakan kata-kata 'Jua bukan penglipur lara di peraduan', bermaksud kehadiran malaikat itu bukan kegembiraan yang dusta atau semu tetapi ianya adalah kenyataan.
Redup matamu berawan mendung
Manis bibirmu bersalut madu agung
Ku tawarkan setitis embun
Pada sepasang sayap mu nan berdebu.
Manis bibirmu bersalut madu agung
Ku tawarkan setitis embun
Pada sepasang sayap mu nan berdebu.
Dalam baris-baris berikutnya, penulis cuba menggambarkan tentang hati dan sifat luaran 'malaikat' itu. Matanya nan redup dan berawan mendung membawa pembaca untuk meneroka daerah perasaan milik 'malaikat' itu. Bagi penulis, 'malaikat'nya cuba memendam semua kedukaan. Maksud ini semakin jelas apabila penulis menyentuh maksud senyuman di bibir 'malaikat'nya. Perkataan 'madu' digunakan penulis bagi menggambarkan kemanisan yang sangat bernilai. Munkin, terpesona dengan apa yang disaksikan penulis, maka dia menawarkan sedikit kebaikan. Perkataan 'embun' menggambarkan sesuatu yang dingin dan suci dan penulis menawarkan itu untuk membasuh segala debu yang ada pada sayap 'malaikat'nya. 'Sayap' di sini adalah simbol kepada perkara yang boleh membantu 'malaikat' menuju kejayaan. 'Debu' menggambarkan halangan atau cabaran ke arah kejayaan. Sekali lagi, 'sayap' tiada kaitan dengan unsur-unsur keagamaan.
Sayang bila bulan terhempas di lautan
Kau rentap hatiku
Hingga tak berjiwa
Tiap kasih di jalinan rongga.
Kau rentap hatiku
Hingga tak berjiwa
Tiap kasih di jalinan rongga.
Kami sukakan penamat sajak ini, bila mana penulis menggambarkan keadaan dan perasaan dirinya apabila dia kecewa dengan sikap 'malaikat'. Penulis menggunakan kata-kata Sayang bila bulan terhempas di lautan yang bersifat 'ambigiues' dan subjektif. Rangkai kata 'bulan terhempas di lautan' mungkin membawa maksud kesenangan yang datang secara mendadak atau kekecewaan yang amat mendalam. Namun, jika kedua-dua maksud itu digunakan, baris-baris ini masih kuat maknanya. Bila mana 'malaikat' ditenggelami kedua-duanya, si penulis tetap berasa kecewa. Kekecewaan itu bukanlah kekecewaan yang sedikit tetapi amat mendalam sehingga hidup penulis tidak lagi bermakna seperti mana penulis menyatakan, 'Kau rentap hatiku, Hingga tak berjiwa, Tiap kasih di jalinan rongga'. Namun, penulis menamatkan sajaknya dengan baris-baris yang penuh hipotesis. Jika dihayati secara mendalam baris-baris akhir itu, segalanya bukan berakhir di situ. Kita boleh bertanya kepada diri sendiri,apakah akan terjadi apabila kasih tidak lagi berjiwa di jalinan rongga ? Pastinya penulis ingin memberitahu kepada pembaca bahawa dia tidak lagi begitu kecewa di masa mendatang seandainya perkara yang sama terjadi kerana dia belajar dari pengalaman.
Demikianlah huraian maksud yang tersirat di sebalik petikan sajak terbaru warisan casiopia ini. Ada beberapa fragmen lagi bagi sajak ini kerana penulis punyai mesej yang besar dalam karya 'malaikat'nya kali ini. Sempat kami merisik, penulis begitu sibuk mengumpul puisi beliau yang dihasilkan dari tahun 2005 sehingga kini. Malah, penulis juga akan menerbitkan semula antologi sajak beliau 'Kau Yang Dijanji (1991-2004). awesome...
No comments:
Post a Comment