Dreamers

Thursday 8 August 2013

Satu Gaya di Hari Raya...

babyblve.com
Hari Raya merupakan salah satu perayaan besar yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia selepas sebulan melaksanakan ibadat puasa. Biasanya hari Raya ini akan diisi dengan saling kunjung mengunjungi antara sanak saudara dan sahabat handai. Sudah semestinyalah apabila kita berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai atau menerima kunjungan tetamu di rumah, kita ingin kelihatan bergaya dan menarik. Pada hari inilah kita akan melihat pelbagai gaya dan fesyen diperagakan tanpa mengira peringkat usia, jantina dan kedudukan. Namun, pemilihan pakaian tradisi menjadi keutamaan dalam bergaya. Dalam kalangan masyarakat Melayu, tidak sah kiranya tidak mengenakan sepasang baju Melayu bagi lelaki dan baju Kurung bagi perempuan. Meski pun masa beredar, namun pemilihan busana baju Melayu tetap menjadi pilihan.
Sejajar dengan peredaran masa, pelbagai perubahan dapat dilihat dalam penghasilan baju Melayu. Jika dulu kita hanya melihat baju Melayu cekak musang dan teluk belanga sahaja tetapi kini banyak rekaan baru dihasilkan. Biarpun diberi sentuhan kontemporari tetapi ciri-ciri tradisi baju Melayu masih dikekalkan. Begitu juga dengan pemilihan fabrik dan warna. Kini, ramai yang berani tampil dengan fabrik pelbagai dan warna-warna garang serta aneka corak. Namun, pilihan aku tetap baju Melayu tradisi dengan sedikit perubahan pada butang, kolar dan lengan serta poket. Tahun ini aku memilih dua pasang baju Melayu untuk dikenakan pada pagi Syawal pertama dan pada hari raya kedua. Tahun ini aku memilih warna coklat sebagai warna tema.
 
Chocholate Mocha...Italian Silk.
Stone Browny...Butang siap jahit pada leher.
 
Pemakaian baju Melayu tidak lengkap tanpa songkok dan samping. Bagi aku, songkok hitam yang diperbuat dari kain baldu adalah pilihan paling sesuai. Terdapat dua jenis songkok iaitu songkok biasa dan songkok tinggi atau dikenali sebagai songkok Melayu Johor. Songkok Melayu Johor sesuai digayakan dengan baju Melayu teluk belanga. Ada orang sukakan songkok yang dililit kain bercorak tetapi aku gemarkan songkok yang polos kerana aku gemar mengenakan hiasan seperti kerongsang pada songkok. Songkok juga ada yang rata di bahagian atasnya dan ada yang sisinya agak tinggi dari bahagian tengahnya.
 
Songkok...Malay head dresser.
Baju Melayu sudah semestinya perlu dikenakan dengan samping sebagai pelengkap gaya. Samping adalah sehelai fabrik yang bercantum (dijahit) pada kedua-dua bahagian hujungnya dan dikenakan oleh si pemakai dari bahagian pinggang sehingga aras lutut. Terdapat pelbagai jenis fabrik yang dijadikan samping mengikut majlis dan status seseorang. Ada yang memilih songket dan ada yang memilih kain sarung biasa. Cara pemakaian samping juga ada pelbagai. Samping yang dikenakan dengan baju Melayu cekak musang akan dipakai di bahagian luar manakala samping yang dikenakan dengan baju Melayu teluk belanga akan dipakai di bawah baju. Ikatan samping juga ada pelbagai. Ada yang digulung kemas dan ada yang diikat bunga. Samping juga boleh dikenakan secara tindan sebelah atau tindan tengah. Bagi aku, aku gemar mengenakan samping songket Terengganu dengan ikatan tindan tengah dan gulung kemas. Tahun ini sebagai pelengkap baju Melayu bewarna coklat, aku memilih samping songket bewarna coklat bata, kuning cair dan putih benang seribu.
 
Tiga pilihan samping songket - Dari kiri Coklat Bata, Putih Benang Seribu
dan Kuning Cair.
 


Jika anda seorang yang berani dan inginkan kelainan, anda boleh menambah pemakaian aksesori sebagai pelengkap gaya. Lagi pun apa salahnya tampil berbeza kerana Raya hanya setahun sekali. Anda boleh mengenakan kerongsang pada songkok atau di bahagian leher. Selain itu, jika anda ingin tampilkan kelainan, anda boleh memakai dokak sama ada secara berangkai dibuat seperti rantai atau anda boleh pisahkan satu persatu. Bagi aku, pemakaian dokak sangat sesuai dikenakan pada baju Melayu teluk belanga. Namun, tahun ini aku memakai baju Melayu cekak musang. Maka, aku lupakan saja pemakaian dokak kerana butang pada leher baju Melayu sudah mencukupi. Sememangnya aku sukakan butang yang siap dijahit pada baju Melayu. Bagi aku, itu merupakan satu perubahan yang baik.
 
Koleksi kerongsang, butang dan dokak.


Dokak tiga serangkai. Boleh dipisah-pisahkan.
Selain aksesori yang mampu mencetus kelainan, aksesori seperti cincin, jam tangan dan dompet juga tidak dilupakan. Tahun ini, aku memilih dua ruas cincin yang sama reka bentuknya tetapi mempunyai batu berbeza warna. Satu bewarna coklat pasir dan satu lagi ungu gelap.
 
Yellow sand...Model : Casio Virdaniea

Purple Raven...Model : Casio Virdaniea
 
Jam tangan juga merupakan aksesori pilihan bagi melengkapkan lagi penampilan anda di hari mulia ini. Terdapat banyak jam tangan pelbagai rekaan dan warna di pasaran. Kali ini, aku memilih jam tangan Polo Sport bewarna coklat gelap atau Calvin Klein bewarna kelabu dari koleksi peribadi.
 
Calvin Klein...simple, elegant and classic. Model : Casio Virdaniea

Chocholate Temptation by Polo. Model :
Casio Virdaniea
 
Amalan memberi duit raya juga sangat sinonim dengan hari Raya. Lantaran itu, aku memilih tiga jenis barangan kulit untuk digayakan. Bagi dompet, aku memilih dompet kulit Guess bewarna coklat gelap. Lantaran perlu membawa duit raya yang agak banyak jumlahnya, apa kata kalau masukkan ia ke dalam dompet kulit Polo juga bewarna coklat. Kemudian, jangan lupa beg sandang bersaiz sederhana diperbuat daripada kulit hasil rekaan Crocodile.
 
GUESS Leather Collection

POLO Leather Collection

CROCODILE Leather Collection
 
Bagaimana dengan pilihan kaca mata ? Kali ini aku memilih dua jenis cermin mata. Pilihan pertama adalah kaca mata Guy Laroche berona coklat. Sarungkan saja apabila cuaca panas dan ketika memandu. Jika inginkan kelainan, pilih saja kaca mata berbingkai merah Levi's. Namun, jika tidak mahu berkaca mata, apa kata pakai saja kanta lekap bewarna hazel. Pasti semua tetamu terpukau melihat mata anda. Jajajaa...
 
Guy Laroche eyes wear.

LEVI'S Eyes Wear
 
Akhir sekali jangan lupa alas kaki anda. Meski pun baju Melayu sesuai digayakan dengan capal tetapi untuk kali ini aku memilih kasut kasual Camel Active bewarna coklat. Tampak menarik bukan ? Ayuh! Gayakan.
 
Camel Active...Foot wear
 
Hmmmm...Dah bersedia untuk berhari raya atau melayan tetamu ? Nanti dulu, jangan lupa semburkan pewangi kesukaan anda. Raya kali ni, aku memilih pewangi Voyage oleh Hermes dan 212 VIP oleh Carolina Herrera. Kedua-duanya mempunyai bau wangian yang lembut dan segar. Sesuai untuk pemakaian sepanjang hari.
 
Voyage by Hermes

212 VIP MEN by Carolina Herrera.
 
Apabila anda berhari Raya, jangan lupa juga menjaga kesihatan dan kebersihan kulit. Aku memilih set asas penjagaan kulit Clinique dan untuk dalaman aku memilih Collagen Amaryllis.
 
Skin Care by CLINIQUE

Collagen
 
Dah sedia ? Jom, kita berhari Raya...hahahahhaa...
GAYA MELAYU TRADISIONAL RAYA TAHUN LEPAS....ARE
YOU DARE ?
Photographer : eddy from casiopiamy.studio
Location : Cho Cho Latte Pent House
Model : Casio Virdaniea










No comments:

Post a Comment