Dreamers

Tuesday 28 May 2013

Epic : Teruskan Berfantasi...Awesome



Perrrhhh...salam dari utara, Kedah..Semenjak kebelakangan ni mmg agk busy dengan urusan kerja sampai tak ada masa nak up date blog...hehehehe...Hari Ahad lepas, sempat pergi menonton bersama anak-anak buah; filem yang sememangnya ditunggu-tunggu, Epic...Ternyata, filem ini adalah sebuah filem yang menarik dan sesuai untuk ditonton seisi keluarga...Jajajaja..:P


Jalan cerita filem ni mcm filem-filem animasi barat yang lain, mengetengahkan tema kekeluargaan dan motivasi untuk meneruskan kehidupan. ( Filem melayu mampu kerrrr? hahaha...). Di samping itu, filem ini jua mengetengahkan isu kepentingan mengekalkan kehijauan alam semulajadi. Segalanya bermula apabila Queen Tara perlu memilih kudup bunga yang bakal melahirkan pewaris alam yang baru. Kuasa pewaris alam ini mampu memulihkan dan mengekang alam semulajadi daripada pereputan.


Namun, ketika upacara pemulihan dilaksanakan, puak Boggans yang diketuai oleh Mandrake telah melancarkan serangan dan kudup bunga itu telah dilarikan oleh Queen Tara. Malangnya, Queen Tara telah dipanah oleh puak Boggans dan kudup bunga itu diserahkan kepada seorang manusia biasa Mary Katharine (MK). MK telah menjadi manusia kerdil seperti makhluk hutan tersebut. Ketika melarikan kudup tersebut dari puak Boggans, MK telah berkenalan dengan Nod, seorang aperantis kepada wira Leaf Man, Ronin.
 
 
Kudup bunga itu kemudiannya perlu diserahkan kepada Nim Galuu, kiranya mcm pawang la Nim Galuu ni...hahaha...Kudup itu selamat sampai di tangan Nim Galuu tetapi kemudiannya dirampas oleh puak Boggans. Plot seterusnya adalah serangan Leaf Man ke atas puak Boggans utk merampas semula kudup bunga tersebut. Akhirnya, kudup bunga itu selamat kembali ke tangan Nim Galuu. So, semua orang boleh agak apa kesudahan filem ini kan???
 
Kekuatan filem ini adalah terletak kepada jalan ceritanya dan watak-watak sampingan yang kuat. Watak yang paling menarik perhatian penonton adalah watak dua ekor siput iaitu Mub dan Grub yang sememangnya melucukan. Latar belakang animasi yang melatari filem ini juga adalah sangat cantik dan menarik. Itulah sebenarnya kekuatan utama satu-satu filem animasi.
 
AKSI-aksi MENARIK dalam FILEM ini...
1. Adegan ketika Queen Tara memilih kudup bunga yang bakal melahirkan pewaris baru. Baju Queen
    Tara memang menarik.
2. Adegan Nim Galuu membacakan skrol.
3. Aksi-aksi daring dan bersahaja Mub dan Grub.
4. The kiss...hahaha...antara MK dan Nod...
 
 

No comments:

Post a Comment