Dreamers

Friday 10 May 2013

Rise of The Guardians...Selami Minda Kanak-Kanak.


Kita semua pernah melalui zaman kanak-kanak. Masihkah anda ingat bagaimana cara anda berfikir ketika itu dan apa yang anda minati ? Pasti anda gemar mendengar mereka yang lebih tua daripada anda bercerita tentang pelbagai cerita yang mengandungi unsur-unsur dongeng, lucu dan tak kurang juga cerita yang menakutkan. Melalui filem 'Rise of The Guardians', kita diperkenalkan kepada beberapa watak yang dianggap legenda dalam dunia kanak-kanak barat dan kita akan mendalami fikiran mereka terhadap watak-watak tersebut. Setiap kanak-kanak pasti mengenali watak-watak tersebut yang mana diceritakan dari mulut ke mulut. Pasti anda pernah mendengar tentang Santa Clause, Easter Bunny, Sandman, Tooth Fairy dan Jack Frost; biarpun kewujudan mereka mungkin sekadar mitos.


 

Filem ini meletakkan Jack Frost sebagai watak utama. Tidak tahu atas sebab apa tetapi mungkin kita sudah terlalu banyak disogokkan dengan watak Santa Clause, Tooth Fairy dan Easter Bunny serta Sandman dalam filem-filem sebelum ini. Persona yang diberikan kepada Jack Frost sememangnya berjaya mencuri hati penonton. Pasti selepas ini, Jack Frost akan menjadi 'favourite' kepada kanak-kanak; bukan sekadar memiliki wajah tampan tetapi juga watak Jack Frost digambarkan sebagai seorang jejaka yang periang, nakal, penuh imiginasi dan kasih sayang serta penuh 'adventure'.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Semangat musim dingin, Jackson Overland Frost atau lebih dikenali sebagai Jack Frost (Chris Pine) -telah diangkat keluar dari sebuah tasik yang beku tanpa sebarang ingatan masa silam oleh  Man in the Moon, telah menyedari bahawa dirinya tidak boleh dilihat atau disentuh. 300 tahun kemudian, di Kutub Utara, Nicholas St. North, atau lebih dikenali sebagai Santa Claus (Alec Baldwin), telah menyedari bahawa Pitch Black, the Boogeyman (Jude Law) telah kembali dan mengancam kanak-kanak seluruh dunia. Setelah memberi isyarat kepada semua Guardians termasuk Tooth Fairy/Toothiana (Tooth nama singkatannya) (Isla Fisher), Easter Bunny/E. Aster Bunnymund (Hugh Jackman), dan Sandman/Sanderson ManSnoozie (Sandy nama singkatannya) tentang ancaman tersebut, North mendapati bahawa Jack telah dipilih oleh Man in the Moon sebagai Guardian yang baru. Jack, yang selama ini terluka dan kecewa kerana terasing, menolak pelawaan itu, tetapi North memujuknya untuk bekerjasama dengan menerangkan misi dan cara mereka menjalankan tugas.
 
 
Pitch Black, antoganis dalam filem ini sememangnya mimpi ngeri bagi semua kanak-kanak. Boogeyman, bayang-bayang atau hantu yang selalu bersembunyi di bawah katil sememangnya selalu menghantui tidur dan mimpi kanak-kanak. Lantaran itu, Pitch melumpuhkan Sandman dengan merosakkan semua mimpi-mimpi indah kanak-kanak dan menukarkannya dengan mimpi-mimpi ngeri. Kemudian, Pitch telah menyerang istana Toothfairy dengan menangkap semua pari-pari gigi dan menghilangkan semua simpanan gigi kanak-kanak. Begitu juga North dan Bunnymund, akhirnya berjaya dilemahkan oleh Pitch. Tujuan utama Pitch adalah untuk menghilangkan kepercayaan kanak-kanak terhadap Guardians. Namun, Pitch gagal melaksanakan misinya kerana Jack Frost berjaya meyakinkan hati dan minda seorang kanak-kanak bernama Jamie ( Dakota Goyo ). Jamie kemudiannya berjaya meyakinkan rakan-rakannya dan akhirnya kepercayaan itu berjaya memusnahkan Pitch.
 
 
Filem ini sememangnya menarik untuk ditonton kerana penceritaannya yang sangat bersahaja. Apabila menonton filem animasi, kita semestinya tidak dapat lari dari beberapa watak tempelan yang melucukan. Meski pun peranan mereka kecil tetapi mereka mampu memberi kesan kepada penonton. Dalam filem ini, kita akan tertawa melihat aksi Yetis ( orang suruhan North untuk menyiapkan semua hadiah utk kanak-kanak sempena Christmas ) dan Christmas Elves. Selain itu, filem ini jua cukup mempesonakan dengan pemandangan dan latar belakang yang cukup cantik serta penuh warna-warni.
 
 
 
Jika tidak tahu filem animasi mana yang ingin ditonton, cubalah menonton filem ini. Jika inginkan kelainan, bolehlah menonton filem ini dalam versi 3D. Awesome, berbaloi rasanya sampai ke Melaka nak dapatkan blu ray filem ni. Jajajaja....
 


No comments:

Post a Comment